Keunikan dialek sungai nenggiri, Kelantan: satu analisis struktural
List of Authors
  • Abd Ganing Laengkang , Riduan Makhtar

Keyword
  • Varian, dialek, pendekatan struktural, fonem, konsonan, vokal

Abstract
  • Makalah ini memaparkan hasil penelitian terhadap dialek Kelantan tua yang dikenali sebagai dialek Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan (DSN). Objektif utama penulisan adalah mengenal pasti dan menghuraikan bentuk penyebaran segemental konsonan dan vokal yang terdapat di Sungai Nenggiri yang dikatakan menjadi penempatan asal bagi daerah Gua Musang, Kelantan suatu ketika dahulu. Justeru, kajian ini berfokus kepada aspek pendeskripsian fonem segmental yang mendasari sistem fonologi Sungai Nenggiri. Ianya meliputi pemaparan penyebaran bunyi konsonan dan vokal pada posisi awal, tengah, dan akhir kata. Pendekatan struktural dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah kajian lapangan huluan telah digunakan dalam memperoleh data asli di kawasan kajian. Informan kajian terdiri daripada tiga orang penduduk kampung Sungai Nenggiri (di kawasan Hulu Sungai Kelantan) yang merupakan penutur natif dialek Kelantan. Data dikumpulkan menerusi teknik temu bual, rakaman, dan pemerhatian. Hasil analisis yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa dialek Kelantan varian Sungai Nenggiri (DSN) mempunyai 18 konsonan dan 8 vokal. Perbezaan inventori segmen varian Sungai Nenggiri berbanding dengan varian dialek Kelantan di kawasan lain menyerlahkan varian ini boleh dikatakan sebagai dialek Kelantan tua yang mempunyai keunikann yang tidak terdapat pada dialek Kelantan di kawasan lain di negeri Kelantan.

Reference
  • 1. Abdullah Hassan. 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Adi Yasran Abdul Aziz. 2005. Aspek fonologi dialek Kelantan: Satu analisis teori optimaliti. Tesis Doktor Falsafah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    3. Adi Yasran Abdul Aziz. 2010. Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula. Jurnal Linguistik. 11: 1-19.
    4. Ajid Che Kob. 1985. Dialek geografi Pasir Mas. Monograf 3, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    5. Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin & Noor Ein Mohd. Noor. 1992. Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Asmah Hj. Omar. 2008. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Ayatrohaedi. 1979. Dialektologi Sebuah Pengantar. Pusat Pembinaan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Jakarta.
    10. Collins, J. T. 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    11. Collins J. T. 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Farid M. Onn & Ajid Che Kob. 1993. Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Hashim Awang. 1996. Field Work: Satu Pencarian dan Pengalaman. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
    14. Harimurti Kridalaksana. 2009. Kamus Linguistik Edisi Keempat. PT Gramedia, Jakarta.
    15. J. K Chambers & Peter Trudgill. 1990. Dialektologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    16. . 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mansoer Pateda. 1988. Linguistik: sebuah pengantar. Bandung: Penerbit Angkasa Bandung, Indonesia.
    17. Noriah Mohamed. 1999. Pengelompokan Bahasa.Jurnal Dewan Bahasa. 12 (43):1077-1107. Saussure, Ferdiand de. 1988. Pengantar Linguistik Umum. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
    18. Verhaar, J. W. M. 1981. Pengantar Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
    19. William J. Samarin. 1993. Linguistik Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    20. http://www.mdgm.gov.my
    21. http://www.kesedar.gov.my/sungai-neggiri