Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi teori pengkaedahan Melayu
List of Authors
  • Mohd Firdaus Che Yaacob , Normaliza Abd Rahim

Keyword
  • Cerita rakyat melayu, nilai murni, baik hati, Teori Pengkaedahan Melayu, masyarakat melayu

Abstract
  • Cerita rakyat merupakan salah satu khazanah sastera Melayu yang cukup tenar hidup dalam masyarakat Melayu tradisional dan ia disampaikan secara lisan. Oleh itu, cerita rakyat sarat dengan perutusan nilai. Ini diterjemahkan menjadi nasihat yakni pengajaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu, khususnya kepada masyarakat Melayu. Nilai murni seperti baik hati kepada masyarakat Melayu sangat penting dijadikan sebagai satu medium perantaraan untuk mendidik moral masyarakat Melayu. Sesungguhnya setiap cerita-cerita rakyat yang didengari atau dibaca oleh masyarakat Melayu itu berupaya meresapkan idea dalam pemikirannya dan akan kekal menjadi ingatan sampai bilabila. Jika baik olahan nilai murni dalam setiap cerita-cerita rakyat tersebut ia mampu membentuk nilai moral yang tinggi kepada masyarakat Melayu. Kajian yang dijalankan ini tertumpu untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni baik hati dalam cerita rakyat Melayu. Teori Pengkaedahan Melayu digunakan untuk diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian mendapati cerita rakyat Melayu mempunyai hampir sepenuhnya nilai baik hati yang mempunyai fungsi penting dalam kalangan masyarakat Melayu.

Reference
  • 1. Aboebakar Atjeh. (1988). Akhlak dalam Islam. (Edisi Ketiga). Kota Bharu: Pustaka Alam.
    2. Fatimah Yassin. (1990). Cerita Rakyat Sebagai Alat Pendidikan: Satu Analisis Isi yang Bercorak Etika. Dlm. Dialog Kesusasteraan, disunting oleh Umar Junus, Rahmah Bujang, Hashim Awang, Mohd. Yusuf Hassan, Wahab Ali, Rahman Kaeh, Fatimah Yassin dan Zahir Ahmad. 79-110. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
    3. Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, Melaka pada 28-29 Jun.
    4. Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsipnya dibentangkan dalam Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, dari 28-29 Jun.
    5. Hashim Musa. (1998). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    6. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Longman.
    7. Laurent Metzger. (2007). Nilai-nilai Melayu Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    8. Mana Sikana (Peny.). (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    9. Mohd. Taib Osman. (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2014). Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Kanak-kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and Social Development, 2(2): 74-85.
    11. Normaliza Abd Rahim. (2014). The Nearly Forgotten Malay Folklore: Shall We Start with The Software? TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology. July, 13(3): 216-221.
    12. Normaliza Abd Rahim. (2014). Perception on the Animals Fable ‘Bird of Paradise’ Song. Asian Social Science Journal, October, 10(19): 17-23.
    13. Norita Ariffin. (2006). Nilai-nilai Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun. Projek Akhir Ijazah Sarjana. Universiti Putra Malaysia.
    14. Othman Puteh & Aripin Said. (1995). Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
    15. Othman Puteh & Aripin Said (Peny.). (2011). 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    16. Richard, M. D. (Ed.). (1973). Folklore and Folklife: An Introduction. Chicago: The University of Chicago.
    17. Roslina Abu Bakar. (2011). Komunikasi Dua Hala Terancang Satu Aplikasi dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    18. Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
    19. Wan Abdul Kadir. (1992). Pembinaan Tradisi dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu. Petaling Jaya: Masfami Enterprise.