Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan hikayat patani
List of Authors
Salmah Jan Noor Muhammad , Suhadan Anwar
Keyword
Gender, tradisional Melayu, tradisi Melayu-Islam, feminisme, patriarki, stereotaip, wanita
Abstract
Kajian ini berusaha untuk membincangkan tentang perhubungan gender dalam
Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani
dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat tradisional. Hal ini
kerana masyarakat Melayu tradisional memandang wanita dengan sifat-sifat stereotaip
atau ‘sendeng gender’ dan hanya diberikan peranan di ruang domestik (ruang dapur).
Namun, Hikayat Patani telah menafikan hal ini dengan menonjolkan beberapa orang
wanita sebagai pemerintah atau raja dalam negeri-negeri mereka. Dalam hal ini, kajian
ini dapat menonjolkan peranan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional berkaitan
dengan kedudukan dan peranan lelaki dengan wanita, khususnya masyarakat Melayu
Patani. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud sendeng gender atau bias gender
walaupun wanita telah menjadi pemimpin atau raja dalam sistem kemasyarakatan.
Namun, peranan wanita sebagai seorang pemimpin telah mampu untuk menonjolkan
potensi mereka sebagai seorang yang berkebolehan dalam ruang awam seperti lelaki.