Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Digital bagi Topik Pembentukan Imej dalam Fizik Tingkatan 4: Analisis Keperluan
List of Authors
Mohd Hery Wansyah Bakri, Siti Nursaila Alias
Keyword
bahan bantu mengajar, pembentukan imej oleh kanta, pembentukan imej oleh cermin sfera, melukis gambar rajah sinar
Abstract
Analisis keperluan sangat penting sebelum membangunkan sesuatu produk agar produk yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis keperluan dan spesifikasi bahan bantu mengajar bagi topik pembentukan imej dalam kalangan pelajar fizik tingkatan 4. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah melibatkan guru yang mengajar fizik tingkatan 4 di daerah Tawau. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik secara atas talian (Google Form). Sebanyak 93.3% guru bersetuju dan bersedia untuk menggunakan bahan bantu mengajar digital yang akan dibangunkan. Selain itu, guru memilih pembentukan imej oleh kanta (73.3%), pembentukan imej oleh cermin sfera (66.7%) dan melukis gambar rajah sinar (66.7%) yang sering menjadi masalah kepada pelajar. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membangunkan bahan bantu mengajar digital bagi topik pembentukan imej dalam kalangan pelajar fizik tingkatan 4. Tuntasnya, diharapkan agar bahan bantu mengajar digital ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam topik pembentukan imej.