Makna ujaran masyarakat banjar dari sudut pragmatik
List of Authors
Normaliza abd rahim , Nur hafizah razali
Keyword
Bahasa Banjar, ujaran, masyarakat Banjar, semantik dan pragmatik, bahasa Melayu.
Abstract
Kajian ini memberi penelitian terhadap ujaran yang berlaku dalam kalangan
masyarakat Banjar di Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan
membincangkan ujaran dalam kalangan masyarakat Banjar dari sudut semantik dan
pragmatik. Sampel kajian terdiri daripada beberapa buah keluarga di Pulau Carey, Kuala
Langat, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada
kaedah pemerhatian dan temu bual. Teknik kajian adalah dengan menemu bual setiap
keluarga dan merakam perbualan mereka ketika mereka berkumpul untuk sambutan
perayaan, majlis bertunang dan kenduri kahwin. Seterusnya, transkrip perbualan dianalisis
dari sudut pragmatik dengan menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson
(1986). Hasil kajian mendapati makna ujaran dapat dianalisis dengan jelas apabila ilmu
pragmatik diaplikasikan. Hal ini kerana, ilmu pragmatik mampu mengungkapkan makna
yang disampaikan berdasarkan konteks situasi yang sebenar. Bagi memahami makna
sesuatu ujaran, beberapa aspek seperti konteks, kesan konteks dan kos memproses perlu
dilihat berdasarkan Teori Relevans. Oleh itu, makna sesuatu ujaran bergantung kepada
konteks dan situasi sebenar yang dapat dimanifestasikan.