Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga : penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia
List of Authors
  • Muzairiah Bajuri , Norulhuda Sarnon@Kusenin

Keyword
  • Anak pelihara, ibu bapa pelihara, ibu bapa kandung, keluarga pelihara

Abstract
  • Jagaan pelihara berasaskan keluarga (family-based foster care) merupakan jagaan gantian yang memberikan persekitaran keluarga yang bersifat fleksibel kepada kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan. Ia merupakan satu konsep yang tidak asing lagi di kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kanada dan Australia. Namun, konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga masih lagi baru dan kurang difahami dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru kajian mengenai jagaan pelihara berasaskan keluarga masih kurang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dalam kalangan ibu bapa pelihara. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan teori grounded dengan penglibatan seramai 25 orang ibu bapa pelihara sebagai informan kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah temu bual mendalam menggunakan soalan separa berstruktur digunakan untuk pengumpulan data. Seterusnya data dianalisis menggunakan analisis tema menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema utama iaitu (i) ketidakfahaman konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga, (ii) kekeliruan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dan pengangkatan dan (iii) sumber pengetahuan berasaskan pengalaman. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan satu garis panduan bagi memastikan kefahaman yang jelas tentang konsep jagaan pelihara supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam, dan secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai ibu bapa pelihara bagi membantu memberi pemeliharaan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Reference
  • 1. Asmussen, K. J., & Creswell, J. W., (1995). Campus response to a student gunman. Journal of Higher Education. 66:575-591.
    2. Azizah Mohd & Nadhilah A. Kadir., (2014). Children foster care law and practice: what Malaysia can learn from foster care (Ihtidhan) in Jordan. IIUM Law Journal 22(February 2013): 15–18.
    3. Buehler, C., Rhodes, K.W., G.Orme, J. & Cuddeback, G., (2006). The potential for successful family foster care: Conceptualizing competency domains for foster parents. Child Welfare League of America
    4. Colton, M. & Williams, M. (1997). The nature of foster care International trends. 21(1) Chan, C.C., (2008). Jagaan pelihara (foster care) dan pengangkatan (adoption) : Satu perbandingan. Pembangunan kanak-kanak teori, isu dan cabaran, Arah Pendidikan.
    5. Chan, C. C., (2013). A comparative study on Rumah Kanak-Kanak (children residential home) and Rumah Tunas Harapan (foster home) in Malaysia: A child-centric perspective. (Unpublished Ph.D. thesis). National University of Singapore, Singapore.
    6. Chan, C. C. & Md Zawawi Abu Bakar., (2017). Jagaan gantian untuk kanak-kanak: kekeliruan konsep dan implikasinya kepada proses penempatan kanak-kanak di Malaysia. Prosiding Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan. 12-13 Julai 2017.
    7. Colton, M. & Williams, M., (2005). “Global Trends in Foster Care” in Child Welfare: Major Themes in Health and Social Welfare Vol. III edited by Frost, N., Routledge, 3:148.
    8. E. Johnson, D., V. Dovbnya, S., U. Morozava, T., A. Richards, M. & G. Bogdanova, J., (2014). From institutional care to family support: Development of an effective early intervention network in the Nizhny Novgorod Region, Russian Federation, to support family care for children at risk for institutionalization. Journal of Infant Mental Health 35(2): 172–184.
    9. Glasser, B. G., & Strauss, A. L., (1967). The development of grounded theory. Chicago, IL: Alden.
    10. Haidar, Y. M. M. 2013. What is the experience of foster care mothers? (Doctoral dissertation, Columbia University).
    11. KPWKM. 1952. Akta Pendaftaran Anak Angkat. https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:0pfFbg704XkJ:https://www.k pwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/converted/4786/AktaPengangkatan1952.pdf+&cd= 4&hl=en&ct=clnk&gl=my
    12. KPWKM. 2015. Akta kanak-kanak (pindaan) 2015. www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/.../D_R_39-2015(BM).PDF Johnson, H. 2005. Literature review of foster care. Mkombozie Centre for Street Children. Tanzania.
    13. Maluccio, A. & Ainsworth, F., (2006). Family foster care: Development or decline? Journal of Adoption & Fostering 30(4): 20–25.
    14. Martin, J.A., (2000). Family-based foster care: Theory and practice. Allyn & Bacon: t.pt. Rahman, F.N.A., Daud, T.I.M., Jaafar, N.R.N., Shah, S.A., Tan, S.M.K. & Ismail, W.S.W., (2013). Behavioral and emotional problems in a Kuala Lumpur children’s home. Pediatrics International
    15. Schofield, G. & Beek, M., (2009). Growing up in foster care: providing a secure base through adolescence. Child & Family Social Work
    16. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1365-2206.2008.00592.x/full. Tarikh capaian: 14 Oktober 2016.
    17. Sellick, C., (1999). The role of social workers in supporting and developing the work of foster carers. Signposts in Fostering:- Policy, Practice and Research Issues239–249.
    18. Stahl, P.M., (1990). Children on Consignment: A Handbook for Parenting Foster Children and Their Special Needs, Lexington Books.
    19. Triseliotis, J., Shireman, J. & Hundleby, M., (1997). Adoption: theory,policy and practice. Cassel: London
    20. Triseliotis, J., (2002). Long‐term foster care or adoption? The evidence examined. Child & Family Social Work http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1046/j.1365- 2206.2002.00224.x/full. Tarikh capaian:14 Oktober 2016.