Persepsi Guru Akan Kepentingan Pentaksiran Untuk Pembelajaran (AfL) Penulisan Karangan
List of Authors
  • Hj Rozaiman Makmun, Nurussa’edah Hj Abu Bakar

Keyword
  • AfL, Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Bahasa Melayu, Penulisan Karangan, Brunei

Abstract
  • Mutu pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika pelaksanaan pentaksiran dipraktikkan secara konsisten untuk mencapai objektif pengajaran yang semakin mencabar pada abad 21 ini. Sistem pengajaran dan pembelajaran pada abad-21 kini mengalami perubahan yang drastik untuk memenuhi tuntutan serta cabaran dunia yang semakin maju. Oleh hal yang demikian, melalui perubahan ini sistem pendidikan perlu menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk memperoleh kemahiran yang meluas. Hal ini sejajar dengan salah satu matlamat Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21), iaitu untuk melahirkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran tinggi serta berjaya setanding dengan negara-negara luar. Justeru, kemahiran-kemahiran tersebut terutama kemahiran menulis amnya boleh dicapai menerusi pelaksanaan kepelbagaian pengajaran yang diintegrasikan khususnya dengan pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran atau Assessment for Learning (AfL). Pentaksiran untuk pembelajaran (AfL) berperanan penting dalam penilaian bahasa kerana ia mampu menyediakan maklumat yang menyeluruh untuk kepentingan guru serta keperluan perkembangan pelajar. Justeru, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana persepsi guru-guru Bahasa Melayu akan kepentingan pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Metodologi pelaksanaan kajian ini pula bersandarkan pendekatan kualitatif iaitu melalui temu bual separa berstruktur bersama enam orang guru Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan lima tema utama persepsi guru akan pentingnya pelaksanaan AfL ini dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Oleh itu, hasil penemuan kajian ini akan dapat menggalakkan persepsi dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu khususnya untuk menerapkan pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran dalam pengajaran penulisan karangan secara berterusan. Hal ini setentunya akan memudahkan dan juga meningkatkan bukan hanya pengajaran guru malah pencapaian kemahiran menulis pelajar melalui pentaksiran yang dilakukan sepanjang proses pembelajaran berlaku, bukan hanya merujuk produk akhir karangan semata-semata.

Reference
  • No Data Recorded