Keupayaan koperasi membangunkan modal sosial bonding ahli dalam koperasi peladang Bukit Awang, Kelantan
List of Authors
  • Maisarah Che Ahmed , Sarmila Md. Sum , Selvadurai, Sivapalan

Keyword
  • Pertemuan, hubungan, berkongsi, bersama-sama, analisis tematik

Abstract
  • Pembangunan koperasi merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial komuniti. Koperasi dirujuk sebagai sebuah persatuan autonomi yang dibentuk secara sukarela untuk menguruskan keperluan ekonomi, sosial dan budaya melalui kawalan demokratik secara bersama. Dalam erti kata lain, koperasi ialah satu bentuk perniagaan yang melibatkan ahli bekerja secara bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa elemen modal sosial telah tersirat dalam penubuhan koperasi menerusi hubungan antara koperasi dan ahli-ahlinya. Justeru, modal sosial menjadi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam pembangunan komuniti. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti proses pembentukan modal sosial bonding melalui penubuhan koperasi. Sejumlah 30 ahli koperasi telah ditemu bual dengan melibatkan koperasi peladang kawasan Bukit Awang, Kelantan. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati melalui aktiviti koperasi dapat membentuk hubungan yang baik sesama ahli. Kesimpulannya, penubuhan koperasi berupaya membangunkan modal sosial bonding melalui aktiviti yang dianjurkan kepada ahli dan memberi kesan positif kepada pembangunan komuniti.

Reference
  • 1. Abu Sufian Abu Bakar & Anizah Md Ali. 2004. Kepentingan Modal Sosial dalam Pertumbuhan Ekonomi. IJMS 11 (SPECIAL ISSUE).
    2. Adjargo G. 2012. Social capital: An Indispensable Resource in Ghana. Journal of Sustainable Development in Africa. 14(3).
    3. Aldrich, DP & Meyer, M. A. 2014. Social Capital and Community Resilience. American Behavioral Scientist.
    4. Bullen, P. & Onyx, J. 2005. Measuring Social Capital in Five Communities in NSW, A Practitioner Guide.
    5. Burt, R.S. 1992. The Social Structure of Competition. Chapter 2. Network and Organizations.
    6. Chazdon, S., Allen, R., Horntvedt, J. & Scheffert, R. D. 2008. Waseca Assessing Social Capital: Results and Insights for Action. Our Community Assessing Social Capital University of Minnesota Extension.
    7. Dhesi AS. 2000. Social capital and community development. Community Development Journal 35(2), 199-204.
    8. Fukuyama, F. 2001. Sosial Capital, Civil Society, and Development. Third Word Quarterly, 22(1):7-200.
    9. Gomez-Limon, J. A, Vera-Toscano, E., & Garrido-Fernandez. 2012. Farmers’ Contribution to Agricultural Social Capital: Evidence from Southern Spain. Working paper series. www.iesa.csis.es.
    10. Green, G.P & Haines, A. 2012. Asset Building & Community Development. 3rd Edition. New York: Sage Publication.
    11. Hasbullah, J. 2006. Sosial Capital: Menuju Keunggulan Budaya Manusia Indonesia. Jakarta: MR-United Press.
    12. Helliwell, J. F. 2001. Social Capital, The Economy and Well-Being.
    13. Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
    14. Lang, R & Roessl, D. (2009). The Role of Social Capital in the Development of Community-Based Cooperatives. 4th International Conference on Economics and Management of Networks (EMNet), Sarajevo, Bosnia-Herzegovina, 03.-05.09.
    15. Levitte, M. Y. 2004. Bonding Social Capital in Entrepreneurial Developing CommunitiesSurvival Networks of Barriers?. Journal of the Community Development Society, 35(1), 44-64.
    16. Melece, L. 2013. Agricultural Cooperative For Social Development In Livia. Organizational Management: System Research.
    17. Nelson, B. J, Kaboolian, L. & Carver, K A. 2003. How to Build Social Capital Across Communities. The Concord Handbook.
    18. Noorasiah Sulaiman, Siti Fairuz & Mohd. Nasir Mohd. Saukani. 2015. Impak Modal Sosial Terhadap Kumpulan Pendapatan Isi Rumah Di Malaysia. Prosiding Perkem 10: 74-84.
    19. Phillips R, & Pittman R. H. 2009. An Introduction To Community Development. New York : Madison Ave, Abingdon Usa.
    20. Rahmah Ismail, Ishak Yussof & Mohd Nasir Saukani. 2011. Modal Sosial dan Agihan Pendapatan Isi Rumah di Semenanjung Malaysia. Prosiding Perkem IV, Jilid 1 (2009) 158-168.
    21. Rankin, M & Russell, I. 2010, 'Building sustainable farmer cooperatives in the Mekong Delta, Vietnam: is social capital the Key?'.
    22. https://www.scribd.com/document/143529682/Building-Sustainable-FarmerCooperatives-in-the-Mekong-Delta-Is-Social-Capital-the-Key Putnam, Robert. 1993. Making Democracy Work: Civic Traditions in Modern Italy. Princeton, NJ: Princeton University Press.
    23. Salles, M.C & Geyer, Y. 2006. Community-Based Organisation Management. Handbook Series for Community-Based Organisation.
    24. Sarmila Md Sum. 2013. Pembangunan Komuniti Melalui Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Kajian Pengalaman Peserta Projek Perladangan Cili Kontrak di BukitAwang, Pasir Puteh Kelantan. Tesis Dr. Fal. Universiti Sains Malaysia.
    25. Sarmila MS, Zaimah R,Novel Lyndon, Azima AM, Suhana Saad & Rosniza Aznie Che Rose. 2015. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan pembangunan modal sosial komuniti: Kajian kes projek CSR perladangan cili kontrak. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 11(7):104 - 115.
    26. Shrestha R. K. 2015. Building Social Capital Within The Framework of Agricultural Cooperatives Development In Rural Nepal. Thesis Dr.Phil. The University of Queensland.
    27. Valentinov, V. 2004. Toward a Social Capital Theory if Co-operative Organisation. Journal of Co-operative Studies, 37(3): 5-20.
    28. Woolcock, M. 2001. The Place of Social Capital in Understanding Social and Economic Outcome. Spring. Printemps.
    29. Woolcock, M. & Narayan, D. 2000. Social Capital: Implications for Development Theory, Research and Policy. The World Bank Observer 15:225-49. Zanariah Abdol. 2010. Panduan Pengendalian Mesyuarat, tahun 2010.