Kajian Terhadap Aspek Dalam Perundangan: Industri Pelancongan Islam Di Malaysia
List of Authors
  • Mohd Zamre Mohd Zahir, Nur Khalidah Dahlan, Ramalinggam Rajamanickam

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pelancongan merupakan sektor yang besar dalam ekonomi Malaysia. Pelancongan Islam khususnya merupakan fenomena baharu kepada industri yang kini berkembang pesat dan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Menurut UNWTO, pada 2018 Malaysia merupakan tiga negara OIC berprestasi tinggi dari segi ketibaan pelancong antarabangsa. Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan yang konsisten dalam ketibaan pelawat dalam beberapa tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula dan merupakan tempat yang popular untuk pelancong Muslim antarabangsa. Malaysia menjenamakan destinasinya untuk menawarkan "pelancongan mesra Muslim". Artikel ini akan membincangkan senario industri Pelancongan Islam di Malaysia. Turut melihat kepada konsep dan definisi Pelancongan Islam, perkembangan sejarahnya dan kepentingannya. Selanjutnya, artikel ini juga akan melihat beberapa komponen penting dalam Pelancongan Islam dan undang-undang yang terpakai untuk menangani setiap komponen. Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan dan membangunkan industri Pelancongan Islam di Malaysia juga sedang dinilai dalam artikel ini. Metodologi yang digunakan untuk menulis artikel ini adalah melalui kajian kualitatif di mana penulis merujuk kepada artikel terdahulu yang berkaitan, dasar kerajaan, statut dan sebagainya. Cadangan dalam artikel ini akan fokus kepada aspek perundangan bagi menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang memperkembangkan industri Pelancongan Islam di mata dunia.


Reference
  • No Data Recorded