Persepsi perkhidmatan pengembangan dan amalan pertanian baik pekebun kecil sawit persendirian
List of Authors
  • Abd Hair Awang , Izzurazlia Ibrahim

Keyword
  • Pegawai TUNAS MPOB, pekebun kecil sawit persendirian, pendidikan pengembangan, kualiti perkhidmatan, amalan pertanian baik

Abstract
  • Perkhidmatan pengembangan merupakan salah satu khidmat yang disediakan dalam sektor pertanian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pengembangan kepada pekebun kecil sawit persendirian di bawah Unit Pengembangan dan Latihan. Kumpulan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) yang terletak di bawah unit ini bertanggungjawab memberikan khidmat pendidikan pengembangan seperti ceramah teknikal, tunjuk kaedah, nasihat dan bimbingan di tapak melalui pegawai TUNAS yang dilantik. Mereka bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti menyampaikan maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat. Kualiti perkhidmatan pegawai TUNAS memberi impak kepada amalan pertanian baik pekebun kecil sawit. Walau bagaimanapun, pekebun kecil sawit persendirian masih menghadapi pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk maju sekiranya tiada sokongan dan bantuan. Juga faktor kesedaran yang terhad terhadap teknologi baru dan amalan pertanian baik menyukarkan pekebun kecil untuk memenuhi keperluan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menilai persepsi perkhidmatan pengembangan pegawai TUNAS dan amalan pertanian baik pekebun kecil yang berada di Saratok, Sarawak. Seramai 173 orang pekebun kecil menilai pegawai TUNAS yang memberi perkhidmatan pengembangan kepada mereka menerusi borang soal selidik. Kajian mendapati majoriti pekebun kecil memberikan nilai tinggi kepada pegawai TUNAS dalam komponen komunikasi, sikap dan keperibadian, dan kepimpinan. Selain itu, pekebun kecil memberikan nilai sederhana kepada pegawai TUNAS bagi komponen pengetahuan dan tunjuk cara teknik pertanian. Manakala impak kepada amalan pertanian baik pula, didapati pekebun kecil yang mengikut pematuhan adalah amalan pembajaan sawit dan amalan penuaian sawit. Manakala amalan sistem perparitan, rekod dan integrasi serta amalan bebas penyakit dan parasit masih berada pada tahap sederhana selepas menerima pemindahan teknologi. Oleh itu, unit pengembangan MPOB perlu memperbanyakkan latihan dan kursus kepada peg

Reference
  • 1. Adisa, B. O. & Adeloye, K. K. 2012. Analysis of farmer field school as an extension approach to cocoa production in Osun State, Nigeria. World Journal of Agricultural Sciences, 8(4), 421-428.
    2. Aki @ Zaki Bin Aman, Er, A.C. & Chamhuri Siwar. 2015. Penanaman sawit lestari dan impak sosioekonomi. Journal of Social Sciences and Humanities. 10(1): 057-080. ISSN: 1823-884x.
    3. Anandajayasekeram, P., Davis, K. E. & Workneh, S. 2007. Farmer field school: An alternative to existing extension systems? Experience from Eastern and Southern Africa. Journal of International Agricultural and Extension Education, 14(1).
    4. Avtar Singh Rana, Reddy, G. P. & Sontakki, B. S. 2013. Perceived service quality of agricultural organizations comparative analysis of public & private sector. International Journal of Advanced Research in Management and Social Sciences. 2(1). ISSN: 2278-6236
    5. Berhanu, N. W., Kwarteng, J. A. & Okorley, E. L. 2013. Professional and technical competencies of extension agents as perceived by male and female farmers and the extension agents themselves: The need for data source triangulation. Journal of Agriculture and Biodiversity Research, 2(1), 11-16.
    6. Birner, R.; K. Davis, J. Pender, E. Nkonya, P. Anandajayasekeram, J. Ekboir, A.Mbabu, D.Spielman, D. Horna, S. Benin, M. Cohen, 2006. From "best practice" to "best fit": a framework for designing and analyzing pluralistic agricultural advisory services worldwide. J. DSGD Discussion Paper No. 37.
    7. Braun, A. R., Thiele, G. & Fernandez, M. 2000. Farmer field school and local agricultural research committees: Complementary platforms for integrated decision-making in sustainable agriculture. Agricultural Research & Extension Network, 105.
    8. David, S. 2007. Learning to think for ourselves: Knowledge improvement and social benefits among Farmer Field School participants in Cameroon. Journal of International Agricultural and Extension Education. 14 (2).
    9. Feder, G., Just, R.E. and Zilberman, D. 1986. Adoption of agricultural innovations in developing countries: A survey, economic development and cultural change 35(1): 255-98.
    10. Garforth, C. 1982. Reaching the rural poor: A review of extension strategies and methods. In G.E. Jones dan M.J. Rolls, (eds.). Progress in Rural Extension and Community Development. 1: 43-69. Wiley: New York.
    11. Hazell, P.B.R. dan Anderson, J.R. 1984. Public policy toward technical change in agriculture. Greek Economic Review. 6(3): 453-82.
    12. Jarrett, F.G. 1985. Sources and models of agricultural innovation in developed and developing countries. Agricultural Administration. 18: 217-34.
    13. Khairuman Hashim, Nur Hanani Mansor, Hamdan Abu Bakar & Wahid Omar. 2014. Pusat TUNAS MPOB: Penggerak perubahan pekebun kecil sawit persendirian. Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan.
    14. Leonard, D.K. 1977. Reaching the peasant farmer: Organization theory and practice in Kenya. University of Chicago Press: Chicago.
    15. Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). 2014. Risalah MSPO. Bangi: Selangor. Mubashir Habib, M. Zafarullah Khan, Mahmood Iqbal, Khalid Nawab & Shahid Ali. 2007. Role of farmer field schools on sugarcane productivity in Malakand, Pakistan. African Crop Science Conference Proceedings 8. African Crop Science Society.
    16. Nur Hanani Mansor, Nazirah Che Jaafar, Ainul Shazwin Sahidan, Mohamad Arfan Johari, Amran Ariffin, Nursuhana Dahari, Parthiban Kannan, Tan Say Peng, Hasmiza Desa, Khairul Abidin, Shakir Alid, Mohd Khairul Anwar Isnin dan Hamdan Abu Bakar 2016. Penerimaan guna Amalan Pertanian Baik (GAP) di kalangan pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit. Ipoh: Perak.
    17. Rahmah Ismail, Azimi Hamzah, Abd Hair Awang, Asma Ahmad & Jegak Uli. 2004. Kompetensi tenaga kerja: Keseimbangan antara tuntutan majikan dan penguasaan pelatih. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Siswazah Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
    18. Roberts, N. (ed.) 1989. Agricultural extension in Africa. A World Bank Symposium. World Bank. Washington: DC.
    19. Roundtable On Sustainable Palm Oil (RSPO). 2007. Principles and Criteria for Sustainable Palm Oil Production, Including Indicators and Guidance.
    20. Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). 2013a. Principles and criteria for the production of sustainable palm oil, Malaysia: Kuala Lumpur.
    21. Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). 2013b. RSPO manual on best management practices (BMPs) for existing oil palm cultivation on peat, Malaysia: Kuala Lumpur.
    22. Settle, W., Mohamed Soumare, Sarr, M., Mohamed Hama Garba & Poisot, A. S. 2014. Reducing pesticide risks to farming communities: Cotton Farmer Field Schools in Mali. Philosophical Transactions of The Royal Society. Royal Society Publishing.
    23. Siddiqui, A. A. & Siddiqui, M. 2012. Farmers’ perception of performance performance by extension field workers/ facilitators during integrated pest management farmer field school training programme in Sindh Province of Pakistan. Sabaragamuwa University Journal. 11(1): 1-12.
    24. Spencer, L. M. & Spencer S. M. 1993. Competence at work. New York: Wiley.
    25. Sri Wahyuning, Warsito Tantowijoyo & Fliert, E. V. D. 2006. Farmer field school for potato integrated pest management: A facilitator’s field guide. International Potato Center (CIP-ESEAP Region) & FAO Regional Vegetable IPM Program in South and Southeast Asia.
    26. Van den Ban, A.W. and H.S. Hawkins. 1996. Agricultural extension. 2nd edn. Blackwell: Oxford.
    27. Vichita Vathanophas dan Jintawee Thai-ngam. 2007. Competency requirements for effective job performance in the Thai public sector. Comtemporary Management Research. Mahidol University.
    28. Witt, R., Waibel, H. & Pemsl, D. E. 2008. The Farmer Field School in Senegal: Does training intensity affect diffusion of information?. Journal of International Agricultural and Extension Education. 15 (2).
    29. Zaidel Jamil. 2010. Amalan Pertanian Yang Baik (APB) untuk penanaman lada (Piper nigrum L.). Komuniti Lada Antarabangsa (IPC). Jakarta: Indonesia.