Laras bahasa dalam lirik lagu “hakim yang bijaksana”
List of Authors
  • Normaliza abd rahim , Siti noor riha sulong

Keyword
  • Laras, bahasa, pemilihan kata, lirik lagu, karya sastera.

Abstract
  • Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialaminya. Dalam mengekspresikan pengalamannya, penulis atau pencipta lirik lagu akan melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta daya kreativiti dan daya tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Salah satu daya kreativiti dalam menghasilkan lirik yang berkualiti adalah dengan mempelbagaikan laras bahasa dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti laras bahasa yang digunakan dalam teks lirik lagu serta menganalisis kesesuaian penggunaan kata dalam lirik lagu “Hakim Yang Bijaksana”. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis teks dengan menjadikan teks lirik lagu “Hakim Yang Bijaksana” dari album “Pekaka Bercerita” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan analisis. Sehubungan dengan hal itu, untuk menganalisis kesesuaian penggunaan laras dan kata dalam lirik lagu akan dilakukan dengan merujuk kajian peristiwa oleh Asmah Haji Omar (1977) sebagai kunci utama dalam mencapai objektif-objektif kajian yang telah digarap. Hasil kajian mendapati bahawa struktur laras bahasa yang digunakan dalam bait-bait lagu ini adalah sangat penting dalam memastikan tahap kepengaruhan karya tersebut kepada khalayak umum khususnya kepada kanak-kanak.

Reference
  • 1. Azman Wan Chik. (2000). Kanak-kanak dan Bacaan: Dari Mana Hendak ke Mana?. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Atan Long. (1988). Satu Penyiasatan Berhubung Perbendaharaan Kata Asas Kanak-kanak di dalam Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Annas Haji Ahmad. (1964). Sastera Melayu Lama. Pulau Pinang: Sinaran Bhd. Bros Ltd.
    4. Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Perkembangan Mental. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Asmah Haji Omar. (1997). Wacana Temuduga dan Wawancara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Asmah Haji Omar. (1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Nor’aini Tahir, Roszikin Zakaria & Zainab Zakaria. (2007). Perkembangan Kognitif & Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
    8. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Mohd Kassim Ismail. (2004). Sastera Rakyat Suatu Warisan, Siri Kajian Sastera Fajar Bakti. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    10. Normaliza Abd Rahim. (2014). Perception on the Animal Fable ‘Bird Of Paradise’ Song. Asian Social Science Journal, October, 10 (19): 17-23.
    11. Othman Puteh & Abd. Samad. (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Othman Puteh. (1995). Berbagai-bagai Aspek Buku Kanak-kanak Berdasarkan Buku yang Telah Diterbitkan: “Suatu Kajian Ringkas Terhadap Tema dan Struktur”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    13. Mohd. Shukran Ab Majid. (2006). Pemikiran dalam Konsensus Adat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    14. Misran Rokimin. (2001). Pendidikan Moral menerusi Bahan Bacaan Sastera Kanakkanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Mohamad Ali Majod. (1989). Penerbitan Buku Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas Kerja dalam Konvensyen Sastera Kanak-kanak, Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, 26-27 Jun 1989.
    16. Mana Sikana. (1986). Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
    17. Nik Safiah Karim et al., (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
    18. Rozaiman Makmun. (2007). Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam.
    19. Siti Khariah Mohd Zubir. (2007). Peranan Bahasa dan Sastera: Umpama Irama dan Lagu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    20. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.
    21. Umar Junus. (1988). Karya Sebagai Sumber Makna Pengantar Strukturalisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.