Seni berteraskan komuniti: pemberdayaan modal sosial melalui nilai-nilai perpaduan sosial dalam program Lendu International Art camp.
List of Authors
  • Diana Ibrahim , Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff , Rosli Zakaria

Keyword
  • Seni Komuniti; “Seni Untuk Masyarakat”; Modal Sosial; Perpaduan Sosial; LIAC

Abstract
  • Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada proses memperdalam perhubungan serta jaringan keterikatan sosial warga terlibat. Kajian ini berfokus kepada menggali potensi yang dimiliki projek seni Lendu International Art Camp(LIAC)#3 dalam membangunkan serta membina perhubungan dan nilai perpaduan sosial masyarakat dalam kalangan peserta terlibat melalui kegiatan kesenian yang dijalankan. Kajian melibatkan sampel purposive dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi adalah “Menjalin Ukhuwah Baharu” dicapai bagi tiga kategori peserta yang terlibat; pelajar (4.56), agensi luar (4.54) dan pengunjung luar (4.45). Manakala dalam kalangan orang kampung, skor min tertinggi adalah “Merapatkan Ukhuwah Antara Warga” iaitu (4.46). Implikasi kajian ini mengemukakan bahawa, kegiatan berorientasi kepada elemen kerjasama, toleransi, kemuafakatan serta kebertanggungjawaban dalam kegiatan yang berteraskan nilai budaya setempat berupaya menarik proses partisipasi khalayak seterusnya membina kepada pertumbuhan nilai perpaduan sosial. Kehilangan nilai estetik-artistik sebagai proses pendekatan dalam membangunkan kegiatan bagi menarik penglibatan peserta turut menjejaskan impak bagi membangunkan jaringan perhubungan serta keterikatan sosial dalam kalangan masyarakat terlibat.

Reference
  • 1. Antoinette, M., (2013). Wawasan-wawasan berbeza: karya dan pameran seni rupa kontemporari Malaysia pada 1990an dan tahun-tahun berikutnya. Dlm. Nur Hanim Khairuddin, Y. Beverly, T. K. Sabapathy. 2013. Reaksi Strategi kritikal baru naratif seni rupa Malaysia (2nd. ed.). Kuala Lumpur: RogueArt
    2. Belfiore, E., & Bennett, O., (2008). The social impact of the arts: An intellectual history. Basingstoke: Palgrave MacMillan. Bishop, C., (2012). Artificial hells : participatory art and the politic of spectatorrship. London: Verso.
    3. Bourriaud, N. (1998). Relational Aesthetics. (ed.english) Pleasance. S., Woods. F. (2002). Perancis: Les presses du r’eel.
    4. Bourdieu, Pierre. (1986). The forms of capital. Dlm. J. Richardson, ed. Handbook of theory and Research for the Sociology of Education. Westport, CT: Greenwood Press.
    5. Evans, M., (2003). Community development-a policy for social change? Master thesis, Department of Arts, School of Creative Arts. Melbourne: University of Melbourne.
    6. Guetzow, J., (2002). How the arts impact communities: An introduction to the literature on arts impact studies. Centre for arts and Cultural Policy Studies, Working Paper 20. Princeton University.
    7. Hanifan, L.J., (1916). The rural school community center. Annals of the American Academy of Political and Social Science 67:130-138.
    8. Health Development Agency. (2000). Art for health: A review of good practice in community based arts projects and initiatives which impact on health and well-being, HAD London.
    9. Jermyn, H., (2001). Proposed evaluation framework for the arts council of England’s social inclusion research programed. Unpublished.
    10. Krempl, S., (2002). The five dimension of community. Perth: Community Arts Network (WA).
    11. Lee, D., (2013). How the arts generate social capital to foster intergroup social cohesion. The Journal Of Arts Management, Law & Society, 43, 4–17.
    12. Lowe, T., (2012). A quality framework for Helix Arts’ participatory, Helix Art Report, (July: 1–12). Newcastle: United Kingdom.
    13. Mallonee, L.D., (2010). Capturing community value: The role of local arts organizations in revitalization, civic engagement, and community-building. Master thesis, Arts & Administration program. Oregon: University of Oregon.
    14. Matarasso, F., (1997). Use or ornament? The social impact of participation in the arts. Stroud: Comedia.
    15. Mohammad Shat ar Sabran., (2003). Model pembangunan komuniti. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum 11 (2): 135–145.
    16. Moriarty, P., (2004). Immigrant participatory arts: An insight into community-building in Silicon Valley. San Jose, CA: Culture Initiatives Silicon Valley.
    17. Nur Hanim Khairuddin., (2016). Seni di pinggiran masyarakat. Dlm Nur Hanim Khairuddin, Young, B., Joseph, R., Tengku Sabri Ibrahim (peny.), Infrastruktur Naratif Seni Rupa Malaysia (hal. 179-185). Kuala Lumpur: RougeArt
    18. Onyx, J. & Bullen, P., (2000). Measuring social capital in five communities. Journal of Applied Behavioral Science, 36 (1):23-42.
    19. Putnam, R. D., (1993). The prosperous community: social capital and public life. The American Prospect, 13(Spring): 35-42
    20. Reeves, M., (2002). Measuring the economic and social impact of the arts: a review. London: Arts Council of England.
    21. Rusydi Syahra., (2003). Modal sosial: Konsep dan Aplikasi. Jurnal Masyarakat dan Budaya, 5(1): 1-22.
    22. Shafrizal Shahir., (2013). Dinamisme dan kecanggihan: seni moden Malaysia dekad 1970an. Dlm. Nur Hanim Khairuddin, Y. Beverly, T. K. Sabapathy. 2013. Reaksi Strategi kritikal baru naratif seni rupa Malaysia (2nd. ed.). Kuala Lumpur: RogueArt.
    23. Simon, Soon., (2013). Sekeping kanvas kosong yang telah disentuh ribuan bayangan. In Reaksi –Strategi Kritikal Baru: Naratif Seni Rupa Malaysia, edited by Nur Hanim Khairuddin and Y. Beverly, Vol.2 (Kuala Lumpur: Rogue Art), pp. 62-78.
    24. Williams, D., (1996). Creating social capital: A study of the long-term benefits from community-based arts funding. Adelaide: Community Arts Networks of South Australia.
    25. Williams, D., (1997). How art measure up: Australia research into social impact of the arts. The Social Impact of the Arts, Working Paper 8. Stroud; Comedia.
    26. Yap Sau Bin., (2013). Membicarakan semula ruang: lokasi, ruang dan tempat dalam seni rupa kontemporari Malaysia. Dlm. Nur Hanim Khairuddin & Beverly Yong (ed.). Reaksi Strategi Kritikal Baru: naratif seni rupa Malaysia Jilid 2 350-364. Kuala Lumpur: Rougue Art.