Kata panggilan masyarakat Bajau Tuaran
List of Authors
  • Jama’yah zakaria , Muna afifah mohd zulkepli

Keyword
  • Kata sapaan, bentuk panggilan, faktor pemilihan, kekerabatan, temubual separa berstruktur

Abstract
  • Kajian ini merupakan satu perbincangan tentang sistem panggilan dalam masyarakat Bajau Tuaran. Makalah ini bertunjangkan kepada dua objektif utama. Pertama, mengkaji bentuk panggilan yang digunakan dalam masyarakat yang dikaji mengikut kelompok keluarga asas, pertalian perkahwinan serta gelaran yang terdapat dalam masyarakat. Manakala objektif kedua pula adalah untuk menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan bentuk panggilan dalam sistem panggilan masyarakat yang dikaji iaitu berdasarkan perbezaan umur, jantina dan pangkat atau status. Data diperolehi melalui temubual separa berstruktur yang dilakukan terhadap 30 orang informan yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 80 tahun di Kampung Mengkabong, Tuaran, Sabah. Hasil kajian mendapati sistem panggilan masyarakat Bajau adalah sama dengan masyarakat Melayu cuma yang membezakannya ialah dari segi istilah yang digunakan iaitu dialek sukuan Bajau. Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya masyarakat Bajau dalam mempraktikkan kata panggilan ini dalam kehidupan seharian dan seterusnya melestarikan khazanah kata panggilan masyarakat sukuan Bajau agar tidak luput ditelan arus pemodenan.

Reference
  • 1. Amat Juhari Moain. (1987). Sistem Sapaan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Jurnal Dewan Bahasa, 37(8): 717-721.
    2. Amat Juhari Moain. (1993). Pengayaan Bahasa Melalui Proses Peminjaman dan Penyerupaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Datu Bandira Datu Alang. (2004). Suku Kaum Bajau. Warisan Budaya Sabah: Etnisiti dan Masyarakat. Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 118- 138.
    4. Elizabeth P. Wittermans. (1967). Indonesian Terms of Address in a Situation of Rapid Social Change. Oxford Journal, 46(1): 48- 51.
    5. Haji Buyong. (1989). Kaedah Penyapaan dalam Bahasa Melayu dengan Beberapa Contoh Khusus daripada Dialek Melayu Sarawak. Serdang: Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia.
    6. Saidatul Nornis Mahali. (2001). Sistem Panggilan Kekerabatan Bahasa Bajau, Bahasa Iranun dan Bahasa Melayu: Satu Perbandingan Awal. Jurnal Warisan Budaya Sabah: Etnisiti dan Masyarakat, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 119-123.
    7. Sumalee Nimmanupap. (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Media Sandra Kasih. (2000). Sistem Sapaan dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik. Tesis PhD, Univesiti Putra Malaysia.
    9. Sharipah Hasiah Wan Bujang. (2000). Sistem Sapaan dalam Masyarakat Melayu Kota Samarahan, Sarawak. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.
    10. Noor Azlina Abdullah. (1975). Decisions and Variability: The Usage of Pronouns, Terms of Address and Languages from West Malaysia. M.A. Dissertation, University of Lancaster.
    11. Norizan Che Su. (2006). Kata Sapaan Bahasa Melayu Pattani di Thailand. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.
    12. Rash, F. (2004). Linguistic Politeness and Greeting Rituals in German-Spekaing Switzerland. Linguistic Online 20:3. Capaian 10 April 2009.
    13. Yap Beng Liang. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal: Aspek-aspek Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    14. Zaiton Ajamain. (1992). Sistem Panggilan dan Sapaan dalam Karya Kreatif di Sabah. Jurnal Dewan Bahasa, 34(2): 12-20.