Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital diMalaysia
List of Authors
  • Aswaniza Shamsudin , Rosadah Abd Maji

Keyword
  • Efikasi kendiri, Guru Sekolah Dalam Hospital, murid bermasalah kesihatan, tahap, Malaysia

Abstract
  • Efikasi kendiri ialah sistem kepercayaan yang berfungsi untuk mengawal diri seseorang individu dari aspek pemikiran, perasaan, motivasi dan tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru Sekolah Dalam Hospital di Malaysia yang melibatkan seramai 82 orang guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) dari 15 buah SDH di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang melibatkan dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Guru) dan Bahagian B (Efikasi Kendiri Guru) yang telah diadaptasi daripada Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran & Woolfolk (2001). Dapatan data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science versi 22.0 (SPSS 22.0) yang melibatkan statistik deskriptif (min dan frekuensi). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru SDH adalah berada pada tahap tinggi. Hasil daripada kajian ini memberi gambaran bahawa guru SDH mempunyai efikasi kendiri yang tinggi untuk mendidik murid bermasalah kesihatan. Analisis mendapati bahawa dimensi Pengurusan Bilik Darjah mempunyai nilai min yang paling tinggi (min= 4.45) dengan pernyataan item bahawa guru SDH bersedia untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid yang terdiri daripada pelbagai masalah kesihatan berdasarkan keupayaan murid.

Reference
  • 1. Affendi., (2014). Tahap Kepuasan Kerja Dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Guru Kolej Vokasional : Pendekatan Structural Equaton Model. Journal of Chemical Information and Modeling 53(9): 1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004
    2. Anuar Ahmad & Nelson Jinggan., (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Bil 3(2): 1–11.
    3. Bahagian Pendidikan Khas. (2014). Manual Pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    4. Bandura, a, Barbaranelli, C., Caprara, G. V & Pastorelli, C., (2008). (Perspektif Teori Kognitif Sosial dan Implikasinya terhadap Pendidikan) Abd . Mukhid. Child development 72(1): 187–206. Retrieved from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15350854.
    5. Bandura, A., (1998). Self-efficacy. Encyclopedia of human behavior, 4(1994), 1–65. doi:10.1002/9780470479216.corpsy0836.
    6. Bandura, A., (1986). The Explanatory and Predictive Scope of Self-Efficacy Theory. Journal of Social and Clinical Psychology 4(3): 359–373. doi:10.1521/jscp.1986.4.3.359.
    7. Billingsley, B. ., Carlson, E. & Klein, S., (2004). The Working Conditions and Induction Support of Early Career Special Education. Exceptional Children 70(3): 333–347.
    8. Chen, J. & Silverthorne, C., (2008). The impact of locus of control on job stress, job performance and job satisfaction in Taiwan. Leadership & Organization Development Journal 29(7): 572–582. doi:10.1108/01437730810906326.
    9. Chua Y.P., (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd
    10. Davies, J. A., (1971). Elementary survey analysis. New Jersey: Prentice Hall.
    11. Mohamod, Kasim, S. Gaelle., (2014). Council for Innovative Research. Journal of Advances in Chemistry, 10(1), 2146–2161. doi:10.13140/RG.2.1.3973.9042.
    12. Norlaila Hamima Jamaluddin. (2007). https://intimku.com/2007/10/10/gangguan-emosikanak-kanak-bermalam-di-hospital/.
    13. Nik Aida Suria., (2016). Hubungan Sokongan Guru Besar, Efikasi Kendiri, Efikasi Kolektif Dengan Komitmen Kerja Guru Pendidikan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Richard W. Brislin., (1970). Back-Translation for Cross -Cultural Research. Journal of Cross-Cultural Psychology.
    15. Salmela, M., Salanterä, S., Ruotsalainen, T. & Aronen, E. T., (2010). Coping strategies for hospital-related fears in pre-school-aged children. Journal of Paediatrics and Child Health 46(3): 108–114. doi:10.1111/j.1440-1754.2009.01647.x.
    16. Tambingon, H. N., (2011). Hubungan Efikasi Diri, Kepuasan Kerja, dan Kecerdasan Emosional dengan Komitmen Kerja Guru Sekolah Menengah Atas Negeri Henny. jurnal Fakultas Teknik Universitas Negeri Manado, 18, 153–160.
    17. Tsai, C. W., Tsai, S. H., Chen, Y. Y. & Lee, W. L., (2014). A study of nursing competency, career self-efficacy and professional commitment among nurses in Taiwan. Archivio Italiano di Urologia e Andrologia, 49(1), 96–102. doi:10.1080/10376178.2014.11081959.
    18. Tschannen-Moran, M. & Hoy, A. W., (2001). Teacher efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education 17(7): 783–805. doi:10.1016/S0742- 051X(01)00036-1.
    19. Zahar & Affero., (2016). Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap Motivasi Belajar Di Kalangan Murid Di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.