Perbandingan Prestasi antara Carta Kawalan Pensampelan Berganda Sintetik dan Larian Kumpulan Sensitif Sampingan
List of Authors
  • Mohamad Firdaus Zafry Kamrisham

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Carta pensampelan berganda sintetik (SDS) merupakan gabungan carta pensampelan berganda (DS) dan carta larian patuh (CRL) manakala carta larian kumpulan sensitif sampingan (SSGR) pula merupakan versi lanjutan carta larian kumpulan (GR) yang mempunyai ciri sensitif sampingan dan merupakan gabungan carta Shewhart dan versi lanjutan carta CRL. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan prestasi antara carta SDS dan carta SSGR. Prestasi bagi carta SDS dan SSGR dibandingkan dengan memerhati nilai-nilai panjang larian purata (ARL) bagi kedua-dua carta pada kombinasi saiz sampel (n) dan anjakan proses   yang berbeza pada ARL terkawal,  . Hasil kajian menunjukkan secara majoritinya bahawa carta SDS mempunyai prestasi yang lebih baik daripada carta SSGR. Namun demikian, terdapat kes di mana prestasi bagi kedua-dua carta adalah sama. Sebagai contoh, apabila jenis peralihan besar pada ke semua saiz sampel dan juga kes di mana carta SSGR mempunyai prestasi yang lebih baik daripada carta SDS bagi jenis peralihan kecil dan sederhana pada kombinasi parameter saiz sampel n =7 dan 9 bersama   = 1.5.


Reference
  • No Data Recorded