Hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan harian bagi golongan belia melayu di Kuala Lumpur
List of Authors
  • Aida Idris , Kim, Keum Hyun , Nur Jannah Bukhari

Keyword
  • Keperluan, pola perbelanjaan, pendapatan, belia, bandar

Abstract
  • Di bandar, aktiviti berbelanja menjadi semakin mencabar kerana lambakan penawaran barangan adalah lebih banyak, dan tidak terbatas berbanding jika di luar bandar. Namun demikian, ketika berbelanja terdapat faktor-faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi memenuhi satu-satu keperluan berbeza, terutamanya adalah faktor ekonomi. Keterbatasan sumber ekonomi iaitu pendapatan akan menyebabkan pengguna terpaksa menilai dan menentukan keperluan apakah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis hubungan antara perbelanjaan dan pendapatan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 422 orang belia Melayu di Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan kriteria-kriteria khusus seperti berumur antara 20-39 tahun, tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, dan tingkat pendapatan. Satu set borang soal selidik digunakan untuk mengkaji konstruk yang terpilih. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Jenis analisis yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif bagi melihat latar belakang responden dan kolerasi Spearman rho bagi menentukan hubungan antara perbelanjaan bagi keperluan harian dan pendapatan. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan dan perbelanjaan bagi keperluan harian dengan makna yang lain, peningkatan pendapatan tidak semestinya akan menyebabkan perbelanjaan bertambah. Kajian ini juga membincangkan limitasi serta cadangan untuk kajian pada masa hadapan.

Reference
  • 1. A, Maslow. 1943. A theory of human motivation. Psychological Review, 50, 370-396 Astro Awani. (2015), Oktober 22. Kadar tol naik antara 17 hingga 80% di beberapa lebuhraya. Retrieved from www.astroawani.com.my.
    2. Bank Negara Malaysia . (2015). Laporan Tahunan 2015. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. Berita Harian. (2014). September 26. Akta baharu lindungi penjamin. Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/8012.
    3. Burton, J. (1990). Conflict : resolution and prevention, New York : St Martin’s Press. Chua, Y. (2014). Kaedah Penyelidikan. Selangor: Mc Graw Hill.
    4. Craig, C. S., & Douglas, S. 2005. Beyond national culture : implications of culture dynamics for consumer research. International Marketing Review, 23(3), 322-342.
    5. Dawn, B. Valentine, & Thomas, L.P. 2013. Generation Y values and lifestyle segments, Journal of Consumer Marketing, 30 (7),597-606.
    6. Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohd Yahya Mohd Hussin, & Fatimah Salwa Abdul Hadi. 2015. Kehidupan kelas menengah Malaysia : satu kajian kes mengenai corak perbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan. Malaysian Journal of Society and Space, 11(11), 1-13.
    7. Harian Metro. (2015), Oktober 12. Kadar tol 12 lebuhraya naik. Retrieved from www.hmetro.com.my/
    8. Hertnon, S. (2005). A theory of universal human needs, retrieved from http://simonhertnon.com/atheory-of-universal-human-needs/ Institut Kajian.
    9. Khazanah. (2016). The state of household 2. Kuala Lumpur: Institut Kajian Khazanah.
    10. Jabatan Insolvensi Malaysia. (2013). Laporan Tahunan BHEUU. Retrieved from http://www.insolvensi.gov.my.
    11. Kotler, P. & Armstrong, G. (2007). Principle of marketing. New Jersey: Prentice Hall.
    12. Kotler, P. (2003). Marketing management (11 ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.
    13. Krejcie, R. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
    14. Lazarsfeld, P. F. (1958). Evidence and inference in social research. Daedalus, 87(4), 99-130.
    15. Mastura Mohamad & Zakariah Md Sam. 2014. Sejauhmanakah bebanan hidup belia? Institut Penyelidikan Pembangunan Belia(1).
    16. Max-Neef, M. (1992). Development and human needs. In P. M.-N. Ekins, Real-life economics. understanding wealth creation (pp. 197-213). London: Routledge.
    17. Mogilner, C. & Norton, M.L. 2016. Time, money, and happiness, Current Opinion on Psychology, 10, 12-16.
    18. Nur Aisyatul Alidaniah, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor & Mohammed Rizki Moi. (2015). Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di bandar Baru Bangi, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space(11), 110-119.
    19. Nur Aisyatul Alidaniah, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor &Mohammed Rizki Moi. (2015). Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di bandar Baru Bangi, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space(11), 110-119.
    20. Rongwei Chu, Matthew Liu Guicheng, & James Shi. 2015. How rural-urban identification influences consumption patterns? Evidence from Chineses migrant workers. Asia Pacific Journal of Marketing and Logistics, 27(1), 40-60.
    21. Rosenberg, M. (2003). Non-violent communication. A language of life. California: Puddle Dancer Press.
    22. Schiffman, L., Hansen H. & Kanuk, L. (2007). Consumer behaviour : An European Outlook. London: Pearson Education.
    23. Sekaran, U. (2003). Research method for business (4 ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc. Solomon, M. R. (1996). Consumer behavior (3 ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.
    24. Unit Perancang Ekonomi. (2014). Agihan pendapatan bagi kumpulan isi rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan, dan 40% terendah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia. Retrieved from www.epu.gov.my: www.epu.gov.my/
    25. Utusan Malaysia. (2015), Disember 2. Tambang LRT, KTMB naik hingga 100 %. Retrieved from www.bharian.com.my.
    26. Whillans, A.V., Dunn, E.W., Sandstrom, G.M., & Dickerson, S.S. 2016. Is spending money on others good for your health? Health Psychology, 35(6),574-583.
    27. Zukin, S. & Maguire, J. S. 2004. Consumers and consumption. Annual Review of Sociology, 30, 173-197