Cabaran Ibu Bapa dalam Pemilihan Pendidikan untuk Kanak-Kanak Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD)
List of Authors
  • Kamariah Abu Bakar, Nur Atiqah Zulkarnain

Keyword
  • Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD), Pemilihan Pendidikan, Pengalaman ibu bapa, Pendidikan khas

Abstract
  • Pemilihan pendidikan untuk kanak-kanak Kanak-kanak kecelaruan Autisme (ASD) merupakan proses yang kompleks dan sering dipengaruhi oleh cabaran pengurusan keperluan harian anak serta kesesuaian dengan sistem pendidikan sedia ada. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi ibu bapa sepanjang proses membuat keputusan pendidikan bagi anak ASD di Malaysia. Data dikumpulkan melalui temu bual mendalam bersama tiga orang ibu yang mempunyai anak ASD yang sedang atau pernah melalui proses pemilihan institusi pendidikan. Dapatan kajian mendedahkan empat faktor utama yang mempengaruhi keputusan ibu bapa: fasa penafian awal diagnosis, tahap sokongan pasangan, ketersediaan pengetahuan mengenai ASD, serta sikap dan tingkah laku anak itu sendiri. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi maklumat berguna kepada pelbagai pihak berkepentingan seperti pendidik, penggubal dasar, pengurus institusi pendidikan, dan komuniti dalam merangka sokongan yang lebih holistik, sistematik dan responsif terhadap keperluan unik keluarga yang membesarkan anak ASD.

Reference
  • No References Recorded