Kajian fonologi kesalahan bunyi dalam bahasa kanak-kanak
List of Authors
  • Noor Shahirah Mohamad Rodzi , Sharifah Raihan Syed Jaafar

Keyword
  • Pemerolehan bahasa; kesalahan bunyi; fonologi; penggantian konsonan; pengguguran konsonan

Abstract
  • Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sering melakukan kesalahan bunyi semasa bertutur. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesalahan bunyi bahasa kanak-kanak. Untuk tujuan ini, seramai sepuluh orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lima tahun telah diperhatikan percakapan mereka melalui aktiviti seperti bermain dan bercakap bersama rakan. Kanak-kanak ini juga diminta menyebut nama haiwan pada gambar yang ditunjukkan. Data menunjukkan bahawa fenomena fonologi penggantian dan pengguguran konsonan berlaku ke atas sebutan kanak-kanak ini. Hasil analisis menunjukkan kanak-kanak ini paling sukar menghasilkan bunyi /r/ dan /s/ kerana kedua-dua konsonan telah digantikan masing-masing dengan konsonan [ɣ], [w] atau [l] dan [ʃ] atau [ʧ]. Selain itu, bunyi konsonan sengau /m/, /n/ dan [] digugurkan terus kerana sukar bagi kanak-kanak ini untuk menghasilkan bunyi tersebut. Kesimpulannya, kanak-kanak pada lingkungan usia ini berpotensi melakukan kesalahan beberapa bunyi ketika bercakap. Dalam kajian ini, kesalahan bunyi sesuatu konsonan itu telah sama ada digantikan dengan satu konsonan lain atau pun digugurkan sahaja konsonan tersebut.

Reference
  • 1. Abdul Hamid Mahmood. 2007. Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.
    2. Anida Sarudin, Dahlia Janan, Zulkifli Osman, Ahmad Khair Mohd Noor. 2016. Penguasaan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran Terancang. Jabatan Bahasa Dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    3. Crystal C. Randolph. 2017. Overview of Phonological Disorders: The Language-Based Speech Sound. Communication Sciences and Disorders. Valdosta State University. USA.
    4. Graham R. Danie. Sharynne McLeod. 2017. Children with Speech Sound Disorders at School: Challenges for Children, Parents and Teachers. Australian Journal of Teacher Education, 42(2).
    5. Julie A. Adaymut. 2009. Type Of Articulation Errors – A Simple Guide. Super Duper Publication.
    6. Noor Hasnoor Mohamad Nor. 2002. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Melayu: Satu Kajian Kes. Universiti Putra Malaysia.
    7. Rabia A, Sikander GK, Manzoor MT, Ibrahim M, Sadia T, Dan Safa P. 2014. Prevalance Of Articulation Disorder In School Going Children Between Ages of 8 To 12 Years. Lahore Campus.
    8. Shahidi A.H, Rahim Aman dan Zulkifley Hamid. 2012. Kajian Akustik Realisasi Kontras Penyuaraan Bunyi Plosif Bahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies 745 Volume 12(2).
    9. Tay Meng Guat. 2006. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak: Satu Analisis Sintaksis. Jurnal penyelidikan IPBL 7:87-108.
    10. Vijayaletchumy. 2000. Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.