Penilaian pengetahuan dan kesedian menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah
List of Authors
  • Bikar Singh, Soon Singh

Keyword
  • Gempa bumi, pengetahuan, kesedian, guru, ranau

Abstract
  • Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan berlaku dalam masa 20 tahun lagi. Pelbagai kajian menunjukkan hasrat murni ini akan tercapai sekiranya pengetahuan pencegahan dan mengahadapi gempa bumi ini diterapkan melalui pendidikan formal di sekolah. Namun begitu, pengetahuan dan kesediaan guru tentang pencegahan dan menghadapi bencana gempa bumi perlu diambil kira untuk memastikan mereka bersedia untuk mendidik murid. Kajian ini yang berpaksikan kaedah penyelidikan gabungan (Explanatory Sequantial Design) dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan kesediaan guru sekolah di Ranau untuk menghadapi bencana gempa bumi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 18 buah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat dari bencana gempa bumi 2015. Enam orang guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak mudah untuk ditemuramah. Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan kaedah temuramah semuka. Analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan kesediaan guru untuk menghadapi bencana alam ini adalah sederhana. Terdapat juga perbezaan yang signifikan tahap pemahaman mengenai konsep gempa bumi dan kesediaan untuk menghadapi bencana ini antara guru lelaki dan perempuan. Analisis kualitatif menunjukkan tahap pemahaman konsep dan kesedian guru untuk menghadapi bencana gempa bumi adalah sederhana kerana mereka tidak jangka bahawa kawasan Ranau berisiko tinggi. Guru perempuan mempunyai pengetahuan yang lebih baik berbandingkan guru lelaki dalam menghadapi bencana gempa bumi kerana mereka meneroka maklumat melalui internet, akhbar, laman web dan group Whats App. Penemuan kualitatif juga merumuskan bahawa guru lelaki lebih bersedia menghadapi bencana gempa bumi berbanding dengan guru wanita. Oleh itu, disarankan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah dengan kerja sama NGO menganjurkan kursus dan latihan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan bencana gempa agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi bencana gempa bumi dan menyalurkan ilmu ini kepada murid di sekolah.

Reference
  • A. Johnson, V., R. Ronan, K., M. Johnston, D., & Peace, R. (2014). Implementing disaster preparedness education in New Zealand primary schools. Disaster Prevention and Management, 23(4), 370-380.
    1. Amri, A., Bird, D., Ronan, K., Haynes, K., & Towers, B. (2016). Disaster risk reduction education in Indonesia: challenges and recommendations for scaling up. Nat Hazards Earth Syst Sci (Discussions).
    2. Baytiyeh, H., & Öcal, A. (2016). High school students’ perceptions of earthquake disaster: A comparative study of Lebanon and Turkey. International Journal of Disaster Risk Reduction, 18, 56-63.
    3. Chen, C.-Y., Yu, K.-H., & Chen, M.-Y. (2012). Planning of professional teacher-training program for disaster prevention education and executing efficiency evaluation. Disaster Prevention and Management: An International Journal, 21(5), 608-623.
    4. Chou, J.-S., Yang, K.-H., & Ren, T.-C. (2015). Ex-post evaluation of preparedness education in disaster prevention, mitigation and response. International Journal of Disaster Risk Reduction, 12, 188-201.
    5. Cvetković, V. M., Dragićević, S., Petrović, M., Mijalković, S., Jakovljević, V., & Gačić, J. (2015). Knowledge and Perception of Secondary School Students in Belgrade about Earthquakes as Natural Disasters. Polish journal of environmental studies, 24(4).
    6. Ganpatrao, J. S. (2014). Knowledge and practices of school teacher regarding disaster management. International Journal of Health System and Disaster Management, 2(2), 98.
    7. Hayashi, T. (2014). Disaster prevention education in Merapi volcano area primary schools: Focusing on students’ perception and teachers’ performance. Procedia Environmental Sciences, 20, 668-677.
    8. Hosseini, M., & Izadkhah, Y. O. (2006). Earthquake disaster risk management planning in schools. Disaster Prevention and Management: An International Journal, 15(4), 649-661.
    9. Izadkhah, Y. O., & Heshmati, V. (2007). Applicable methods in teaching earthquakes to preschool children. Paper presented at the Proceedings of fifth international conference on seismology and earthquake engineering, Iran.
    10. Le Brocque, R., De Young, A., Montague, G., Pocock, S., March, S., Triggell, N., Kenardy, J. (2017). Schools and natural disaster recovery: the unique and vital role that teachers and education professionals play in ensuring the mental health of students following natural disasters. Journal of Psychologists and Counsellors in Schools, 27(1), 1-23.
    11. Malaysian Meteorological Service (MOSTI). (2009). Seismic and Tsunami Hazards and Risks Study in Malaysia. Mosti, 50. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.
    12. Momani, N. M., & Salmi, A. (2012). Preparedness of schools in the Province of Jeddah to deal with earthquakes risks. Disaster Prevention and Management: An International Journal, 21(4), 463-473.
    13. Nurdin, N., Rafliana, I., Hidayati, S., Oktari, R. S., & Djalante, R. (2017). Integrating Disaster Risk Reduction and Climate Change Adaptation into School Curricula: From National Policy to Local Implementation Disaster Risk Reduction in Indonesia (pp. 213-234): Springer.
    14. Oktari, R. S., Shiwaku, K., Munadi, K., & Shaw, R. (2017). Enhancing community resilience towards disaster: The contributing factors of school-community collaborative network in the tsunami affected area in Aceh. International Journal of Disaster Risk Reduction.
    15. Okuyama, J., Funakoshi, S., Tomita, H., Yamaguchi, T., & Matsuoka, H. (2017). Mental health and school-based intervention among adolescent exposed to the 2011 Great East Japan Earthquake and tsunami. International Journal of Disaster Risk Reduction, 24, 183-188.
    16. Ronan, K. R., Alisic, E., Towers, B., Johnson, V. A., & Johnston, D. M. (2015). Disaster preparedness for children and families: a critical review. Current psychiatry reports, 17(7), 58.
    17. Saddam Edris. (2015, June 6). Gegaran Gempa Bumi Sabah Akibat Dari Pertembungan Lempeng Tektonik. Utusan Borneo.
    18. Simsek, C. L. (2007). Turkish Children's Ideas about Earthquakes. Online Submission, 2(1), 14- 19. Tuladhar, G., Yatabe, R., Dahal, R. K., & Bhandary, N. P. (2015). Assessment of disaster risk reduction knowledge of school teachers in Nepal. International Journal of Health System and Disaster Management, 3(1), 20.
    19. Yates, D., & Paquette, S. (2011). Emergency knowledge management and social media technologies: A case study of the 2010 Haitian earthquake. International journal of information management, 31(1), 6-13.
    20. Yu, J., Cruz, A. M., Piatyszek, E., Lesbats, M., Tardy, A., Hokugo, A., & Tatano, H. (2017). A survey of impact on industrial parks caused by the 2011 Great East Japan earthquake and tsunami. Journal of Loss Prevention in the Process Industries. https://doi.org/10.1016/j.jlp.2017.01.020.
    21. Zhu, T.-T., & Zhang, Y.-J. (2017). An investigation of disaster education in elementary and secondary schools: evidence from China. Natural Hazards, 1-21.