Pelaksanaan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Perlis: Suatu Kajian Kuantitatif
List of Authors
  • Azlini Hassan, Khofizhoah Mohd Karim, Mohd Khairulnizam Zahari, Ummi Naiemah Saraih

Keyword
  • Peningkatan Ekonomi Asnaf, Program Zakat, Skim Agihan MAIPs

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf di negeri Perlis melalui pendekatan kuantitatif. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memperkasa golongan asnaf, khususnya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Melalui pengumpulan data kuantitatif, kajian ini bertujuan untuk memahami persepsi penerima zakat melalui borang soal selidik yang mengandungi soalan dalam skala Likert empat mata bagi mendapatkan data tentang aspek-aspek seperti a) kecukupan bantuan kewangan, b) sambutan penerima terhadap program, c) kesediaan untuk meneruskan program, d) kesediaan mempromosikan program kepada asnaf lain, e) impak ekonomi program terhadap penerima, dan f) tahap kepuasan keseluruhan terhadap program. Metodologi yang digunakan adalah reka bentuk tinjauan deskriptif dengan pengedaran borang soal selidik kepada 120 responden yang terlibat dari tiga dewan undangan negeri di Perlis bagi program ini. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS, dan analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan gambaran umum mengenai tahap penerimaan dan tahap kepuasan keseluruhan asnaf terhadap Skim Agihan Program Peningkatan Eknomi Asnaf ini. Kajian membuktikan bahawa pelaksanaan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Perlis menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi asnaf melalui kecukupan bantuan kewangan, sambutan yang positif, kesediaan untuk meneruskan dan mempromosikan program, serta impak ekonomi yang memberi manfaat kepada penerima, dengan tahap kepuasan yang memuaskan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai keberkesanan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi dalam meningkatkan taraf hidup asnaf di Perlis. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat yang berguna untuk penambahbaikan program zakat pada masa hadapan. Penemuan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengukuhan dasar dan strategi pelaksanaan zakat yang lebih berkesan dan mampan.

Reference
  • No Data Recorded