Kerangka konsep penubuhan Jabatan Aktuari Negara di Malaysia
List of Authors
  • Haslifah mohamad hasim

Keyword
  • Aktuari, perancangan ekonomi, pelan pembangunan negara, pentadbiran awam

Abstract
  • Profesion aktuari memainkan peranan penting terhadap masyarakat. Aktuari bertauliah dan saintis aktuari menggunakan kemahiran matematik dan statistik untuk mengukur implikasi kewangan masa hadapan dengan mengambil kira faktor-faktor risiko penting dalam pengiraan. Walaupun aktuari bertauliah dan saintis aktuari merupakan tulang belakang industri insurans dan kewangan, namun peranan dan skop profesion ini telah mengalami perubahan yang besar. Kepakaran aktuari bertauliah dan saintis aktuari mendapat permintaan yang tinggi dalam hampir semua bidang perniagaan dan industri seperti pembangunan perisian, badan kehakiman dan perundangan, sukan dan ekonomi alam sekitar. Pelbagai bidang lain turut mengiktiraf kaedah aktuari sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah seperti dalam bidang kejuruteraan, sains angkasa dan sebagainya. Justeru itu, aktuari bertauliah dan saintis aktuari perlu diberi kepercayaan untuk membantu kerajaan dalam merangka dasar ekonomi dan polisi awam. Kertas ini mencadangkan agar sebuah Jabatan Aktuari Negara yang diketuai oleh Aktuari Negara ditubuhkan di Malaysia

Reference
  • 1. Bernama. (2005). Kerajaan Jamin Skim Insurans Kesihatan Tidak Membebankan. Dicapai pada: 14 May 2014. Boleh didapati di: http://www.bernama.com/bernama/v3 / printable.php?id=145787.
    2. Daykin, C. D. (2001). The Role of the Government Actuary’s Department in Social Security in the United Kingdom. British Actuarial Journal, 7(5): 765-790.
    3. Driussi, A. (2005, Mei). An Actuarial Approach to Measuring Media Effectiveness. Kertas kerja dalam Institute of Actuaries of Australia Biennial Convention 2005, Sydney, Australia.
    4. Haslifah Mohamad Hasim. (2015). Sains Aktuari: Dari Aktuarius ke Aktuari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Hickman, J. (2004). History of Actuarial Profession. Dlm. Teugels, J dan Sundt, B (ed.), Encyclopedia of Actuarial Science Jilid 2 (hlm 831-838). Hoboken, NJ: Wiley.
    6. Longnecker, D. & Molins, R. (2006). A Risk Reduction Strategy for Human Exploration of Space: A Review of NASA’s Bioastronautics Roadmap. Washington DC: National Academies Press.
    7. Myers, R. (1954). The First United States Government Actuary and His Succesors. Transactions of Society of Actuaries, 6(16): 488-505.
    8. Ogborn, M. (1956). The Professional Name of Actuary. Journal of the Institute of Actuaries, 82: 233-246.
    9. Persatuan Aktuari Malaysia. (2014). Society Statistics as at 31 December 2012: Membership Breakdown by Class. Dicapai pada 14 Mei 2014. Boleh didapati di: http:// actuaries.org.my/about/society-statistics.
    10. Quek, D. K. L. (2009, April). The Malaysian Health Care System: A Review. Kertas kerja dalam Workshop on Health Systems in Transition, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
    11. Sinar Harian. (2013). Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN): Masih Ramai Liat Bayar. Dicapai pada: 14 May 2014. Boleh didapati di: http:// www.sinarharian.com.my/wawancara/ptptnmasih-ramai-liat-bayar-1.202390.
    12. Vittal, S. (2008, Oktober). Non-traditional Risk Analysis in Asset Health Management. Kertas kerja dalam Society of Actuaries Annual Meeting and Exhibit, Orlando, Amerika Syarikat.
    13. Zaharuddin Abd Rahman. (2009). Bolehkah Wang Zakat Dilabur Sebelum Agihan?. Dicapai pada: 14 May 2014. Boleh didapati di: http://www.zaharuddin.net/index2.php? option=com_content&do_pdf= 1&id=813.