Sikap, motivasi, dan minat pelajar bukan melayu di Kolej Vokasional Miri terhadap pembelajaran bahasa Melayu Sebagai bahasa kedua
List of Authors
  • Nurul Aisyah Kamrozzaman , Shreenia Bunggan Anak Anau

Keyword
  • Sikap, Motivasi, Minat, Pelajar Bukan Melayu, Sekolah Vokasional

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap sikap, motivasi dan minat pelajar bukan Melayu di Kolej Vokasional Miri Sarawak terhadap tahap pembelajaran subjek Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah soal selidik dalam talian. Soal selidik menggunakan skala likert untuk mengenal pasti tahap motivasi dan minat pelajar terhadap subjek teras iaitu Bahasa Melayu. Kajian ini penting terutamanya kepada para pensyarah akademik di Kolej Vokasional Miri kerana hasil kajian akan menentukan faktor yang mempengaruhi pelajar Sijil Vokasional Malaysia meningkatkan potensi mereka dalam subjek Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran wajib lulus di Kolej Vokasional Miri untuk melayakkan pelajar memasuki pengajian ke tahap Diploma Vokasional Malaysia. Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar bukan Melayu yang sedang menjalankan pengajian di Kolej Vokasional Miri mempunyai sikap, motivasi dan minat yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesimpulanya, walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda mereka, pelajar-pelajar ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mempelajari dan menguasai bahasa ini, yang memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik mereka. Hal ini memberikan dorongan kepada pensyarah dan pentadbir akademik untuk terus menyokong dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional.

Reference
  • 1. Jailani Che Abas (2021). Positive Attitudes of Non-Malay Students towards Malay Language Courses: A Study at IPGKTAA. Journal of Education in Malaysia, 35(2), 67-80.

    2. Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019). Motivations for Learning Malay Language Among Non-Native Learners: A Case Study in Kuala Lumpur. International Journal of Language Education, 8(2), 87-102.

    3. Chew Fong Peng & Sivabalan Tanggayah (2019). Assessing Interest in Language Learning: A Review of Research and Development of Measurement Scales. International Journal of Language Studies, 13(3), 65-78.

    4. Chew Fong Peng (2023). Attitude of Chinese Students towards Learning Malay Language: A Case Study in Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Language Studies, 13(1), 45-58.

    5. Dayan (2017). Difficulties Faced by Non-Native Malay Speakers in Learning Malay Language: A Case Study in Rural Areas. Malaysian Journal of Applied Linguistics, 6(1), 15-28.

    6. Gardner, R. C. (2005). Integrative Motivation: Past, Present and Future. Second Language Studies, 23(2), 1-16.

    7. Jerie (2011). Sikap Murid Iban Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah di Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 21(2), 30-45.

    8. Kamrozzaman, N., Elias, S., Mohamed Taha, N., & Ab Rahim, R. (2023). Peralihan Ke Fasa Endemik Covid-19 Di Malaysia: Pengaplikasian Pendekatan Heutagogi Untuk Pembelajaran Digital Teknologi Di Pengajian Tinggi. International Journal Of Advanced Research In Education And Society, 5(1), 150-163.

    9. Kerangka Program Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Kolej Vokasional Jenis KPM, N.D., 2017.

    10. Khairul N. (2016). Role of Malay Language in Development of Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 6(11), 837-840.

    11. Khairul Nizam (2017). Challenges in Learning Malay Language as a Second Language: A Case Study of Non-Malay Students. Journal of Language Education, 10(2), 30-45.

    12. Laugho, F., & Lillis, K. (1988). Vocational Education and Training: Its Role in Economic Development. UNESCO.

    13. Muhamad Azmi, I. (2015). Pembangunan modal insan dan peranan Bahasa Melayu dalam era globalisasi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 1-12.

    14. Nancy Ngumbang (2017). Factors Affecting Learning of Malay Language Among Non-Malay Students: A Case Study in Sarawak. Journal of Language Studies, 17(2), 45-58.

    15. Nurul et al. (2016). The Curriculum of Malay Language: Meeting the National Education Philosophy Goals. Malaysian Journal of Education, 35(2), 67-80.

    16. Pelaporan Pengesanan Graduan 2020 - Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), 2020.

    17. Puveneswari (2021). The Importance of Malay Language Proficiency in the Malaysian Education System. International Journal of Education, 8(1), 87-102.

    18. Roasharimah, S., et al. (2017). Penilaian Kemahiran Berbahasa Melayu Pelajar Bukan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Journal of Language Studies, 17(2), 19-34.

    19. Saedah Siraj. (2001). Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan: Kaitannya Dengan Pembangunan Negara. Prosiding Seminar Nasional Pengajian Umum & Kemanusiaan, 2, 41-52.

    20. Savitry & Norasmah (2022). The Mastery Level of Malay Language with Business Subject Achievement among Non-Malay Students. Journal of Language Studies, 12(2), 45-58.

    21. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2015).

    22. Tay Meng Guat (2016). Understanding the Motivation and Challenges of Non-Native Malay Learners: A Case Study in Kuching, Sarawak. Malaysian Journal of Education, 42(1), 35-48.

    23. Wan Muna. (2016). Faktor-faktor Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua. Jurnal Pengajian Bahasa, 20(2), 1-15.

    24. Zuraini (2018). Importance of Learning a Second Language in the 21st Century. Journal of Multilingual Education, 5(2), 110-125.