Keintelektualan pemikiran melayu dalam cerita lipur Lara: penelitian awal berdasarkan perspektif pendekatan Pengurusan
List of Authors
  • Mohamad zuber ismail , Sara beden

Keyword
  • pendekatan pengurusan , prinsip kepimpinan, dimensi pendidikan, cerita rakyat

Abstract
  • Makalah ini akan menekuni unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda berdasarkan Pendekatan Pengurusan iaitu satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan Prinsip Kepimpinan iaitu salah satu prinsip yang diutarakan di bawah Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Objektif kajian adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan berdasarkan Dimensi Pendidikan. Cerita lipur lara yang terkenal sebagai medium penting dalam penyampaian idea dan gagasan dalam masyarakat Melayu tradisi ternyata memiliki tradisi keilmuan dan keintelektualan yang menjadi teras kepada pembentukan ketamadunan masyarakat pendukungnya. Paparan tradisi keilmuan ini jelas memperlihatkan kekreatifan minda dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang diekspresikan dalam sastera lisan sebagai khazanah warisan tradisi yang unggul dan agung. Ketinggian dan keagungan tamadun Melayu tidak terletak kepada kehebatan ‘bahan’ sebaliknya terletak kepada kehebatan dan ketinggian tradisi keilmuannya. Hal ini sangat signifikan dan relevan kerana kecemerlangan pendidikan merupakan mekanisme ampuh dalam usaha meningkatkan kualiti pembangunan modal insan dalam sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Keintelektualan pemikiran keilmuan yang dipaparkan dan dipancarkan dalam teks kajian amat signifikan dan relevan untuk memperjelaskan kebijaksanaan dan ketajaman imaginasi serta sensitiviti pengarang dalam melantunkan aspek pengurusan khususnya aspek kepimpinan dalam teks karya sastera tradisional.

Reference
  • 1. Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Arba'ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman. (2001). Sastera Melayu Suatu Pengantar Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.
    3. Atan Long. (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Certo, S. C. (1997). Modern Management: Diversity, Quality, Ethics, and the Global Environment. New Jersey, Upper Saddle River: Prentice Hall
    5. Che Bakar Che Mat, Abd Shukor Md Ali, Wan Kamariah Leman, Norlela Kamaluddin, Sharifah Anom Omar, Salmah Hussin, dan Wan Ariffin Wan Yon. (2007). Pembangunan dari Perspektif Islam. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA
    6. de Casparis, J. G. (1975). Indonesian Paleography: A History of Writing Indonesian from the Beginning to c. A.D. 1500. United Kingdom: Amazon Company.
    7. Fauziah Ibrahim. (2009). Dadah dan Pembangunan Belia: Antara Cabaran dan Peranan. Nobaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (eds.). Belia dan Pembangunan Modal Insan. Serdang, Selangor: Penerbit UPM
    8. Hollander, E. P. & Offermann, L. R. (Feb 1990). Power and Leadership in Organizations: Relationships in Transition. American Psychologist, 45(2): 179-189.
    9. Ismail Hamid. (1983). Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
    10. Jaafar Muhamad. (1999). Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
    11. Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
    13. Kramsch, C. (1998): Language and Culture. Oxford: Oxford University Press.
    14. Koontz, H. & Weihrich, H. (1987). Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Maimunah Ismail. (1999). Pengembangan Implikasi ke Atas Pembangunan Masyarakat. (2 ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    16. Mescon, M. A. & Khedouri, F. (1985). Management: Individual and Organizational Effectiveness. New York: Harper and Row.
    17. Michelle, C., Thomas, R.M. & Sinyangwe, I.M. (1989). Adolescent Conceptions of Moral: Haiti The United Sates, & Zambia. Youth & Society, 21 (2).
    18. Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013.
    19. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). “Prinsip Perancangan: Penelitian Berdasarkan Ceritacerita Rakyat”. Dlm. prosiding International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of MalayIndonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea, 14th -16th May, 2014.
    20. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). “Prinsip Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda” .Dlm. prosiding 3rd International Language Conference (IlC), Centre For Languages And Pre-University Academic Development (Celpad), International Islamic University Malaysia (IIUM), 4th -6th Jun, 2014.
    21. Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
    22. Pawang Ana & Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    23. Ramlah Adam. (1991). Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    24. Said, N. M. (2013). Dakwah dan Problematika Umat Islam. Jurnal Dakwah Tabligh. ISSN 1412-7271 Edisi XXVII/Juni 2013, hal. 1-22.
    25. Sarina Othman. (1995). Menangani Masalah Bohsia, Moral dan Pendidikan. 7. ms. 48-50.
    26. Smith, E. J. (2006). The strength-based Counseling Model. Counseling Psychologist, 34(1): 13- 79.
    27. Syarifah Alwiah Alsagoff. (1993). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.
    28. Shaharir Mohamad Zain. (2010). Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
    29. Sugiarto. (1993). Kamus Indonesia-Daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
    30. Syed Othman Alhabshi. (1989). Islam, Ekonomi dan Pengurusan. Petaling Jaya: Penerbit Hizbi.
    31. T. A. Ridwan. (2001). “Bahasa Melayu: Peranan dan Nilai-nilai Moralisme di dalamnya”. Dalam Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
    32. Tenas Effendy. (2000). Pemimpin dalam Ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    33. Tryson, D. T. (ed.). (1994). Comparative Austronesian Dictionary. New York: Mouton de Gruyter.
    34. Wan Abdul Kadir. (1998). “Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam”. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 8:82-97.
    35. Zainal Kling. (1980). “Sistem Nilai Tradisi Melayu”. Kertas Kerja dalam Seminar Nilai dan Norma Masyarakat Melayu. Kota Kinabalu, 10-11Mac1980.
    36. Zuraidah Abdullah, Zahir Ahmad & Nuwairi Khaza’i. (2012). Pantun dan Ungkapan Melayu sebagai Wahana Kepemimpinan Melayu ke Arah Pembangunan Modal Insan. Jurnal Melayu Edisi 9. PPBKKM.