Optimalisasi Kutipan dan Agihan Zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs): Pendekatan Evidence-Based Research dalam Mengurus Muzakki dan Menentukan Keperluan Serta Keutamaan Asnaf
List of Authors
  • Bibi Noraini Mohd Yusuf, Hazman Hassan, Mohd Akram Dahaman@Dahlan, Mohd Nazim Mohd Noor, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail

Keyword
  • Kutipan dan agihan zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Evidence-Based Research, Penentuan Keperluan Asnaf

Abstract
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Islam Perlis (MAIPs) merupakan sebuah badan tertinggi pembuat dasar agama Islam di negeri Perlis. Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2000, antara fungsi MAIPs ialah menguruskan kutipan dan agihan zakat, fitrah serta harta wakaf dan harta baitulmal. Dalam memastikan peranan MAIPs yang diamanahkan khususnya berkaitan zakat, pihak pengurusan telah melaksanakan tugas kutipan dan agihan zakat dengan baik. Perkara ini terbukti apabila MAIPs telah meraih Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut daripada Ketua Audit Negara. Perkara ini adalah selari dengan usaha dan fungsi yang dilakukan bagi mengurus para Muzakki dan menentukan keperluan serta keutamaan asnaf sama ada melibatkan jenis zakat dan kadarnya, jumlah agihan mahupun jenis inisiatif dan projek. Sepanjang tempoh tersebut, pihak MAIPs telah menggunakan pendekatan Evidence-Based Research bagi mengoptimumkan kutipan dan agihan zakat selaras dengan fungsinya dan patuh dengan framework berteraskan hukum syarak khususnya membabitkan Fiqh al-Zakah. Pelbagai geran penyelidikan telah digerakkan melalui pengurusan MAIPs khususnya untuk mendapat data yang sahih dan boleh dipercayai sebagai asas kepada inisiatif kutipan dan agihan. Manakala perkara yang ada kaitan dengan hukum syarak, geran penyelidikan dijana melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis yang didanai oleh MAIPs. MAIPs juga sentiasa peka dengan isu berkaitan hukum syarak dengan mengangkat isu ke JK Fatwa negeri Perlis yang akhirnya menghasilkan fatwa berkaitan zakat setelah diperakui oleh Persidangan MAIPs. Semua kaedah dalam pendanaan penyelidikan ini telah berjaya digabungkan sehingga membentuk gerak kerja di peringkat pengurusan eksekutif MAIPs yang dioptimumkan, didasari oleh polisi yang mapan. Kejayaan yang dicapai oleh MAIPs dengan menggunakan pendekatan Evidence-Based Research ini mampu digunakan dan dicontohi oleh Agensi Mengurus Zakat di peringkat negeri di Malaysia dan Dunia.

Reference
  • No References Recorded