Peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil dari aspek sosial
List of Authors
  • Che Ibrahim Salleh , Ragini Ragavan

Keyword
  • Peribahasa Melayu, peribahasa Tamil, aspek sosial, tingkah laku, pemikiran, nilai murni

Abstract
  • Peribahasa merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat di dunia, termasuklah budaya Melayu dan India. Peribahasa lahir daripada pengamatan anggota masyarakat terhadap fenomena alam, yang sarat dengan keunikan bentuk dan keindahan makna tersurat dan tersirat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persamaan peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil dari aspek sosial dengan menggunakan Hipotesis Sapir-Whorf (1921). Hipotesis Sapir-Whorf mengungkapkan hubungan antara bahasa, budaya dan pemikiran manusia. Dalam erti kata lain, tanggapan atau fikiran dan tindakan seseorang itu bergantung pada struktur dan kosa kata dalam bahasa yang digunakannya untuk berfikir dan menanggapi sesuatu. Hasil kajian mendapati bahawa orang Melayu dan orang India berinteraksi dengan alam melalui pengungkapan unsur flora dan fauna yang menjadi sebahagian daripada kehidupan sosial mereka, terutama yang melibatkan pekerjaan dan tingkah laku, pemikiran dan nilai murni. Ketiga-tiga unsur ini dimanipulasikan dengan berkesan mengikut konteks komunikasi sehingga dapat menyampaikan mesej dan membina citra budaya yang mantap dan lestari.

Reference