Penggunaan teknologi augmented reality (AR) dalam meningkatkan kemahiran menulis perenggan bahasa Melayu secara gramatis
List of Authors
Lillyshallini Chandran , Nor Azwahanum Mohd Said
Keyword
Teknologi Augmented Reality, Kemahiran Menulis Perenggan, Bahasa Melayu
Abstract
Perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan telah membawa banyak perubahan dari segi pedagogi di mana strategi berpusatkan murid diutamakan. Pengajaran dan pembelajaran secara digital merupakan satu aspek yang penting dalam perancangan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia di samping ingin meningkatkan mutu pendidikan negara dan melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Dalam pendidikan pendigitalan, guru memainkan peranan penting dalam menentukan hasil pembelajaran secara berkesan dan efektif. Justeru, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai iaitu berasaskan teknologi memudahkan murid-murid menguasai tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah murid untuk menulis perenggan secara gramatis. Selain itu, kajian ini juga membincangkan keberkesanan teknologi Augmented Reality (AR) untuk meningkatkan kemahiran menulis perenggan secara gramatis serta minat murid untuk menulis perenggan secara gramatis semasa menggunakan teknologi Augmented Reality (AR). Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daearah Manjung. Kajian ini melibatkan 3 orang peserta kajian dari tahun 3. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan empat instrumen kajian iaitu pemerhatian berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur, ujian pra dan ujian pasca.
Reference
1. Amirah Syafiqah Anuar & Khadijah Abdul Razak. 2022. Penggunaan ‘Augmented Reality’ di dalam pengajaran Sirah: International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 2(2): 56-67. Diakses dari https://myedujournal.com (3 Jun, 2023)
2. Best, J.W. & Kahn, J.V.2009. Research in education.New Delhi: PHI Learning Private Limited.
3. Ehlers, U.D. 2009. Understanding Quality Culture. Journal for Quality Assurance in Education, 17(4): 343-363.Diakses dari https://www.researchgate.net/publication/235305231_Understanding_quality_culture (11 Jun 2023)
4. Fatin Nur Fatimah Ishak & Mohd Isa Hamzah. 2019. Pendidikan digital era RI 4.0 dalam Pendidikan Islam. Proceedings of the International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021)-Online Conference, pp: 436-451. Diakses dari http://conference.kuis.edu.my/iconsyal/images/eprosiding/1040.pdf (3 Jun 2023)
5. Gunawan Budi Sulistyo & Chandra Agustina. 2013. Penerapan Cloud Computing Sebagai Sarana Pembelajaran Siswa. Kertas Konsep yang dibentang di Seminar Nasional Teknologi Informasi dan Multimedia. Anjuran 2013 STMIK AMIKOM pada 19 Januari di Yogyakarta, Indonesia.
6. Huda Wahida Rosli, Fauziah Baharom, Harryizman Harun, Ali Yusny Daud, Haslina Mohd & Norida Muhd. Darus. 2010.Using augmented reality for supporting learning human anatomy in science subject for malaysian primary school. Kertas kerja dibentang di Regional Conference on Knowledge Integration in ICT (INTEGRATION2010). Anjuran Universiri Utara Malaysia, Kedah pada 2 Jun 2010 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). Diakses dari https://www.researchgate.net/publication/308982833_Using_Augmented_Reality _for_Supporting_Learning_Human_Anatomy_in_Science_Subject_for_Malaysian _Primary_School (5 Jun 2023)
7. Maharam Mamat. 2016. Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tahun satu UKM. Journal Issues in Language Studies, 5(2): 28-42. Diakses dari https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1636 (6 Jun 2023)
8. Nurul Syaida Md Zuki. 2016. Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1): 1-12. Diakses dari: https://www.researchgate.net/publication/235305231_Understanding_quality_culture (10 Jun 2023)
9. Sharmili Nair Vargavan & Faridah Yunus 2021. Penggunaan Augmented Reality (AR) untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan Bahasa Inggeris kanakkanak prasekolah. International Journal of Education and Pedagogy. 3(1): 156- 172. Diakses dari https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/12831 (7 Jun 2023)
10. Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola. 2011. Students' Conceptions and Experiences of Web 2.0 Tools. New Library World Journal, 112(12): 479 - 489. Diakses dari https://www.researchgate.net/publication/256407513_Students%27_conceptions_and_experiences_of_Web_20_tools (10 Jun 2023)
11. Zuhri Arafah Zulkifli & Zawiyah M. Yusof. 2013. Tingkah Laku penggunaan Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam Pembelajaran. World Conference on Intergration of Knowledge (WCIK),pp: 1-11. Diakses dari https://www.researchgate.net/publication/301044033_Perkongsian_Pengetahuan_Menerusi_FaceBook_Group_Model_Konsepsi_Tingkahlaku_Penggunaan (11 Jun 2023)