Literasi kesihatan pelajar sekolah asrama di sebuah daerah dalam negeri Perak
List of Authors
  • Anuar Abu Hassan , Hapsah Md Yusof

Keyword
  • Literasi Kesihatan, Pelajar Asrama

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengetahui literasi kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah asrama di sebuah daerah dalam negeri Perak. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Borang soal selidik dijadikan instrumen untuk memperolehi data kajian daripada responden. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Seramai 80 pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan perisian SPSS 23.0. Bagi mengukur literasi kesihatan pelajar, pengkaji menggunakan soal selidik The European Health Literacy Survey Questionnaire for The Malaysian Context, HLS-M-Q18 Mohammad (2020) mengandungi 18 item versi pendek. Soal selidik merangkumi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan. Instrumen ini telah digunakan untuk mengukur literasi kesihatan dan mempunyai kebolehpercayaan yang kuat, kesahan struktur dan membina kesahan yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Hasil kajian nilai min tahap penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.34: SP=1.078 hingga min=4.23: SP=0.968). Bagi tahap pencegahan penyakit didapati nilai min dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.18: SP=1.188 hingga min=4.56: SP=0.744), dan nilai min tahap promosi kesihatan dalam kalangan pelajar pula adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.19: SP=1.213 hingga min= 3.97: SP=0.795). Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa literasi kesihatan dalam kalangan pelajar asrama adalah baik. Oleh demikian diharap semua pelajar dapat mengamalkan literasi kesihatan melalui penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan untuk kesejahteraan kesihatan bersama.

Reference
  • 1. Aziz, N.A., Sahbudin, F., & Shari, M.G. (2021) Tahap Amalan Penjagaan Kebersihan dan amalan gaya hidup sihat Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru. 3rd National Conferencein Sport & Co-curriculum @ PMJB

    2. Dianah, R., Andari, E.A., Putri, E. A., Dwinanti, C.C., &Nafizsah, D.N. (2022). Penyuluh Cara Mencegah Obesitas pada Remaja dngan Pola Makan yang Sihat. Jurnal Abdimas ADPI Sains dan Teknologi 3(3), 41-50.

    3. Farah Najihah Omar, F. N., & Surat, S. (2021) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Tentang Covid-19 dalam kalangan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 12, (page 1 - 12), 2021 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1202

    4. Kickbusch, I. S. (2001). Health literacy: addressing the health and education divide. Health promotion international, 16(3), 289-297.

    5. Kino, S., & Kawachi, I. (2020). Can health literacy boost health services utilization in the context of expanded access to health insurance?. Health Education & Behavior, 47(1), 134-142.

    6. Mawaddah, N., & Prastya, A. (2023). Upaya Peningkatan Kesehatan Mental Remaja Melalui Stimulasi Perkembangan Psikososial Pada Remaja. DEDIKASI SAINTEK Jurnal Pengabdian Masyarakat, 2(2), 115-125.

    7. Masi, L., Sudia, M., Salim, S., Prajono, R., & Sarina, S. (2020). Pemanfaatan media sosial sebagai sarana komunikasi dalam pencegahan meluasnya wabah covid-19 di kalangan pelajar. Humanism: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 1(3).

    8. Mohd Moktar, F. A., & Osman, Z. (2020). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 1-11. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.2.1.2020

    9. Nielsen-Bohlman , L. , Panzer , A. , & Kindig , D. (Eds.). ( 2004 ). Health literacy: A prescription to end confusion . Washington , DC : The National Academies Press .

    10. Nutbeam, D., & Kickbusch, I. (1998). Health promotion glossary. Health promotion international, 13(4), 349-364.

    11. Paasche-Orlow, M. K., & Wolf, M. S. (2007). The causal pathways linking health literacy to health outcomes. American journal of health behavior, 31(1), S19-S26.

    12. Rinaldi, Riki, & Indra, S., (2023) “Edukasi Pencegahan TB Paru Pada Remaja Di Smk Kesehatan Kader Bangsa Palembang”. Jurnal ADAM : Jurnal Pengabdian Masyarakat 2, no. 1 (Februari 10, 2023): 13–16. Diakses Maret 16, 2024. https://jurnal.spada.ipts.ac.id/index.php/adam/article/view/1329.

    13. Rinta, L. (2015). Pendidikan seksual dalam membentuk perilaku seksual positif pada remaja dan implikasinya terhadap ketahanan psikologi remaja. Jurnal Ketahanan Nasional, 21(3), 163-174.

    14. R. Parker, Measuring health literacy: What? So what? Now what?, in: Measures of Health Literacy: Workshop Summary, Roundtable on Health Literacy, L. Hernandez, ed., National Academies Press, Washington, DC, 2009, pp. 91–98

    15. Saidi, Z. A., Othman,N. K., & Ramli, A. A., (2023) Penerimaan, kesediaan serta amalan penjagaan kendiri mahasiswa dalam mendepani pandemik COVID-19 : kajian kes Kolej Tun Hussein Onn. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (2). pp. 179-188. ISSN 0128-2735

    16. WHO. Health literacy: the solid facts. Geneva: World Health Organization. 2013.