Integrasi Kahoot! dalam Pengajaran Bahasa Melayu: Keberkesanan dan Implikasi terhadap Pembelajaran Pelajar
List of Authors
Noor Sahirah Md Nayan2, Nurul Aisyah Kamrozzaman, Perarasi Madavan, Putra Hafiz Zulfadhli Muliyadi, Ratilaaksmi Chantharu, Sofia Elias
Keyword
Kahoot!, pembelajaran berasaskan permainan, prestasi pelajar, motivasi, penglibatan, Bahasa Melayu, pendidikan digital
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan, Kahoot!, dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin, Sipitang, Sabah. Dalam era digital, kaedah pengajaran inovatif seperti permainan dalam talian telah menjadi alat penting untuk meningkatkan motivasi, minat, dan pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen utama bagi mengumpulkan data daripada 40 orang pelajar yang menjadi responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kahoot! mempunyai impak positif terhadap prestasi pelajar, di mana ia membantu meningkatkan pemikiran kritis, kefahaman konsep pembelajaran, serta membina kemahiran komunikasi. Selain itu, penggunaan Kahoot! juga didapati berkesan dalam meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Kajian ini turut mengesahkan bahawa integrasi Kahoot! dalam kurikulum Bahasa Melayu dapat menyumbang kepada sistem pembelajaran yang lebih kolaboratif, efisien, dan berkesan. Oleh itu, adalah disarankan agar aplikasi pembelajaran berasaskan permainan seperti Kahoot! dimanfaatkan secara meluas dalam pendidikan bagi memperkaya pengalaman pembelajaran dan menggalakkan keterlibatan aktif pelajar.