Konsep Nasikh Mansukh Hadith Dalam Perubahan Hukum
List of Authors
  • Khalilullah Amin Ahmad, Mohd Nor Adli Osman

Keyword
  • Nasikh, Mansukh, Hukum, Kontekstual, Kontemporari

Abstract
  • Konsep nasikh dan mansukh memainkan peranan yang sangat penting dalam penafsiran hukum Islam berdasarkan hadith, terutamanya dalam menangani isu-isu hukum yang bersifat dinamik dalam konteks moden. Artikel ini membincangkan impak pemahaman terhadap konsep-konsep ini terhadap pelaksanaan hukum Islam, dengan menekankan keperluan untuk membezakan antara nasakh hakiki dan perubahan hukum yang lebih bersifat penyesuaian atau pengecualian bersyarat. Penulis turut menyoroti kesilapan umum yang berlaku apabila sebarang perubahan hukum dianggap sebagai nasakh, tanpa menilai latar belakang dan konteks turunnya hukum tersebut. Pendekatan kontekstual yang meneliti latar belakang sosial, budaya, dan sejarah sesebuah hukum menjadi kunci utama dalam memastikan pemahaman yang lebih tepat dan aplikatif. Selain itu, artikel ini juga membincangkan potensi penyalahgunaan konsep nasakh untuk tujuan liberalisasi hukum Islam yang dapat merosakkan integriti prinsip syariah. Dalam menghadapi cabaran zaman kontemporari, artikel ini menyarankan agar pemahaman terhadap nasikh dan mansukh disertai dengan pendekatan yang holistik dan berfokus pada maslahat umum tanpa menafikan nilai-nilai asas syariat. Kajian ini menyimpulkan bahawa kefahaman yang mendalam tentang kedua-dua konsep ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan hukum Islam yang relevan dan dapat diterima dalam realiti semasa.

Reference
  • No Data Recorded