Semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur
List of Authors
  • Azianura Hani Shaari , Fauziah Ibrahim , Mohd Nasir Selamat , Nasrudin Subhi , Norulhuda Sarnon , Salina Nen , Shahrul Nazmi Sannusi

Keyword
  • Remaja B40, semangat perpaduan, kesihatan diri, tingkah laku prososial, semangat cintakan Malaysia, hubungan kejiranan

Abstract
  • Semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan generasi muda pelbagai bangsa di Malaysia. Oleh itu artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengukur tahap semangat perpaduan dan (2) mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 244 orang remaja B40 yang tinggal di tiga buah kawasan perumahan iaitu di perumahan Rakyat Desa Rejang, Pantai Ria dan Seri Pantai telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan regresi pelbagai secara stepwise. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti (59.8%) remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat menunjukkan semangat perpaduan yang sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan. Analisis regrasi pelbagai pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri (β=.539, p<.05) adalah petunjuk utama yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40. Manakala kombinasi kesihatan diri (β=.405, p<.05) dan tingkah laku prososial (β=.289, p<.05) menyumbang sebanyak 6.6% perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40. Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihakpihak yang berkepentingan dalam usaha untuk menyediakan pelan strategik yang komprehensif dalam menambahbaik program-program yang boleh membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat khasnya remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia

Reference
  • 1. Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G. & Mohammed Sani. (2014). Analisis Strategik: Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    2. Abdul Rahim Abd Rashid (1999). Belia ketandusan semangat perjuangan. Dewan Budaya. Aziz Ujang, Jamaluddin Md Jani, Kadir Ariffin & Kadaruddin Aiyub. (2014). Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation. Vol 2(2):31-39.
    3. Aziz Ujang (2014). Kesedaran generasi muda Melayu dan bumiputera terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    4. Azizan Bahari, Abdul Rahman Aziz & Azimi Hamzah. 2004. Generasi Muda Menangani Cabaran. Alor Star: Yayasan Dr. Rodzi.
    5. Azra (2005). Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Perak: Portal Komuniti Warga Pendidikan Daerah Kerian.
    6. Babcock, Hartle & Lamme (1995). Prososial Behaviors of Five-Year-Old Children in SixteenLeaming / Activity Centers. Journal of Research in Childhood Education, 9: 113- 127.
    7. Chua Yan Piaw. (2012). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur:Mc Graw Hill Sdn Bhd. Diekhoff George. (1992). Statistics for the Social and Behavioral Sciences. Dubuque: Wm. C. Brown Publisher.
    8. Denison Jayasooria, (2010) “ National Unity Advisory Panel: Opportunities & Challenges In A Multi Ethnic Society”. Managing Success in Unity. Department of National Unity and Integration Prime Ministers Department. PUTRAJAYA.
    9. Desmita. (2012). Psikologi Perkembangan Peserta Didik. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.
    10. Fauziah Ibrahim, Sheau Tsuey Chong, Denise Koh Choon Lian & Juliana Rosmidah Jaafar. (2016). Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan gender antara generasi muda tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana di Malaysia. Prosiding dalam International Conference on Education and Psychology 2016 (ICEduPsy16), Vol (1): 328-337.
    11. Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Salina Nen, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi, Zaizul Ab Rahman, Shahrul Nazmi Sannusi dan Mohd Nasir Selamat. (2017). Kesejahteraan Diri Remaja Di Kawsan Perumahan Rakyat di Malaysia: Laporan Akhir Penyelidikan. UKM, Bangi.
    12. Hussein Ahmad (1987). Nilai-nilai asas dalam pembangunan perpaduan nasional. Balai Muhibah: Penyebar Semangat Perpaduan. Vol. 275, pp. 4 – 8.
    13. Kartono, K. & Gulo. (2003). Kamus Psikologi. Bandung: PT Eresco. Mohamed Yusoff Ismail. (2003). Pendahuluan: perpaduan negara dan pembentukan bangsa Malaysia Jilid 1. Jabatan Perpaduan Negara.
    14. Ma’rof, R. (2001), Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia Serdang Ruth, Wong, Chong & Pung (2016). Isu Perpaduan Kaum Dalam Kalangan Pelajar UKM, Bangi: Tugasan Berkumpulan Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah. Bangi: Selangor.
    15. Suzana Sulaiman. (2013). Perpaduan Pelajar Pelbagai Etnik: Kehidupan Seharian Pelajar Program Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net