Perancangan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa Semasa Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian
List of Authors
  • Nor Sahara Mesman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa adalah sangat penting untuk memudahkan pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu, perancangan yang sistematik perlu dibuat untuk memastikan penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar antarabangsa dapat ditingkatkan, meskipun pembelajaran hanya dijalankan secara dalam talian. Bagi memastikan pelajar antarabangsa dapat menguasai kosa kata bahasa Melayu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti perancangan pembelajaran secara dalam talian. Perancangan ini meliputi aspek pelaksanaan, strategi dan cabaran yang diimplementasi semasa pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian. Kajian ini melibatkan 100 orang pelajar antarabangsa universiti awam yang mengikuti pengajian di Malaysia, yakni dipilih secara rawak untuk menyertai soal selidik. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan nilai min keseluruhan tiga tahap, iaitu tahap pelaksanaan pembelajaran (4.10), strategi pembelajaran (4.22) dan nilai min cabaran pembelajaran (3.88). Hasil analisis Pekali Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara pelaksanaan (r=.636, p<.005), strategi (r=.326, p<.005) dan cabaran (r=.268, p<.005). Diharap agar kajian ini memberi implikasi terhadap keupayaan pelajar antarabangsa bagi merancang dan menyusun strategi untuk menguasai kosa kata bahasa Melayu.


Reference
  • No Data Recorded