Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor, 1895-1942
List of Authors
  • Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria , Mohd Samsudin

Keyword
  • Raja Selangor, Orang Besar Selangor, Institusi Penghulu, Pentadbiran Selangor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Abstract
  • Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan penduduk tempatan di Selangor telah dilaksanakan ketika era kolonial British khususnya pada 1895-1942. Hal ini berlaku kerana penghulu ditugaskan untuk berbuat demikian. Namun begitu, ia kurang ditonjolkan oleh J. M. Gullick (1998, 2004 dan December 2007) dan Paul H. Kratoska (1984) menyebabkan perkara tersebut tidak diketahui. Oleh itu, artikel ini bertujuan menonjolkan pandangan baharu mengenai peranan penghulu daripada kalangan raja dan orang besar dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor pada 1895-1942. Artikel ini akan menganalisis isu yang membolehkan penghulu berperanan dalam menyatupadukan penduduk setempat terlebih dahulu. Kemudian, mensintesis peranan mereka. Seterusnya, menilai peranan dimainkan oleh mereka sama ada berkesan atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), Colonial Office (CO), Pejabat Daerah Klang (B/PDK), Pejabat Daerah Ulu Selangor (B/PDUS), Pejabat Daerah Ulu Langat (B/PDUL), Pejabat Daerah Sepang (B/PDS), Jabatan Arkib Negara Malaysia (P/ANM) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab kehendak dikemukakan. Secara keseluruhannya, golongan raja dan orang besar sebagai penghulu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan orang Dalam dari aspek pentadbiran, ekonomi, sosial dan sosioekonomi. Perkara ini berlaku kerana masyarakat tempatan mematuhi dan mengikut telunjuk serta nasihat penghulu di mukim ditetapkan. Oleh itu, kerajaan memerlukan tokoh-tokoh penghulu yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk melaksanakan tugasan di peringkat akar umbi iaitu mukim agar sentiasa dalam keadaan harmoni. Sehubungan itu, artikel ini menempatkan penghulu sebagai Tokoh Penyatuan Masyarakat Peringkat Mukim dari masa ke masa

Reference
  • 1. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. 2012. Pentadbiran Mukim di Klang, 1874-1942: Tugas dan Penglibatan Penghulu. Purba, 31, 29-57.
    2. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. 2013. Menyelusuri Jawatan Raja Bergelar dan Orang Besar Selangor dalam Pentadbiran Raja Selangor, 1766-1942. Purba, 32, 54-93.
    3. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. 2013. Pentadbiran Mukim di Kuala Lumpur, 1874-1942: Penelitian Terhadap Penglibatan Penghulu dalam Pentadbiran Selangor. Malaysia dari Segi Sejarah, 41, 97-122.
    4. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. Jun 2013. Penglibatan Sultan Abdul Samad dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 1877-1898: Suara dan Kerajaan. Sarjana, 28(1), 51-75.
    5. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. 2014. Tokoh Melayu dalam Mesyuarat Peringkat Persekutuan dan Negeri di Selangor, 1877-1941. Malaysia dari Segi Sejarah, 42, 17-37.
    6. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. 2015. Pentadbiran Mukim di Sungai Langat, 1874-1942: Tugas dan Penglibatan Penghulu. Seri Alam, 12, 37-81.
    7. Aliyu Yunus, Mohd. Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak, Maimun Aqsha bin Abdin Lubis. 2018. Students’ Perceptions on Parental Background and Their Academic Performance in Islamic Studies in Nigeria. e-Bangi, 13(1), 1-14.
    8. Fuzirah Hashim, Jamaluddin Aziz & Abdul Latiff Ahmad. 2017. Transformation in Malaysian Higher Education: Student
    9. s’ Understanding of Creativity in Social Sciences. e-Bangi, 12(3), 1-13. Gullick, J. M. (1998). A History of Selangor 1766-1939. Kuala Lumpur: Falcon Press.
    10. Gullick, J. M. 2004. The Malay Community of Kuala Langat in the Late Nineteenth Century. Journal of the Royal Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 77(2), 1-25.
    11. Gullick, J. M. December 2007. A Short History of Ulu Langat to 1900. Journal of the Royal Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 80(2), 1-18.
    12. Izham Hakimi Hamdi, Jayum Jawan, Dori Efendi. 2018. Profesionalisme Militari dan Politik: Suatu Analisis Konseptual. e-Bangi, 13(1), 1-14.
    13. Kern, R. A. (1993). I La Galigo. Jakarta: Gadjah Mada University Press. Jabatan Arkib Negara Malaysia (P/ANM).
    14. Kratoska, P. H. 1984. Penghulu in Perak and Selangor: The Rationalization and Decline of a Traditional Malay Office. Journal of the Royal Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 57(2), 31-59.
    15. Mohd. Yusof Md. Nor (Diusahakan). (1984). Salasilah Melayu dan Bugis. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    16. Pejabat Daerah Klang (B/PDK).
    17. Pejabat Daerah Sepang (B/PDS).
    18. Pejabat Daerah Ulu Langat (B/PDUL).
    19. Pejabat Daerah Ulu Selangor (B/PDUS).
    20. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK).
    21. Raja Ali Haji. (1998). Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
    22. Raja Chulan Raja Abdul Hamid. (1994). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.Wan Idros Wan Sulaiman, Nur Farhah Othman & Maizatul Haizan Mahbob. 2017.
    23. Hubungan Pengkomunikasian Budaya Organisasi dengan Prestasi Kerja Kakitangan Pelaksana Sektor Awam. e-Bangi, 12(3), 1-18.