Tahap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
List of Authors
  • Induja Sathirmuthi, Mohd Isa Hamzah

Keyword
  • Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian di Rumah (PdPR), Covid-19, Guru Bahasa Melayu

Abstract
  • Pembelajaran secara dalam talian ialah kaedah pembelajaran semasa pandemik Covid-19 yang mencabar dunia pendidikan di seluruh dunia. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kesediaan, tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menemu bual responden. Populasi kajian ialah guru-guru Bahasa Melayu yang terdiri daripada dua buah sekolah rendah kebangsaan di bandar dan luar bandar manakala sampel kajian ialah seramai 11 orang. Kajian ini memberi satu gambaran untuk pihak pentadbir bagi meningkatkan lagi kesediaan guru dan membendung cabaran guru bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa hadapan. Ini bermakna guru juga boleh meningkatkan potensi diri mereka dengan menyertai kursus pendidikan, latihan dan program pembangunan dalam pelbagai platform secara talian, termasuk platform komunikasi dan kolaborasi.

Reference
  • No Data Recorded