Amalan Pelaksanaan Pelan Kontingensi dan Keberkesanan Pengurusan Bencana Sekolah
List of Authors
  • Blondigel Ansley

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap amalan pelaksanaan pelan kontingensi dan tahap keberkesanan pengurusan bencana sekolah di daerah Song. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan pelaksanaan pelan kontingensi dengan keberkesanan pengurusan bencana sekolah. Kebanyakan kajian lepas berkaitan pengurusan bencana adalah tentang tahap kesediaan menghadapi bencana dan tahap pengetahuan guru dan murid mengenai bencana. Sebaliknya, topik amalan pelaksanaan pelan kontingensi dan keberkesanan pengurusan bencana sekolah jarang disentuh. Kajian ini diharap dapat mengisi jurang kajian di antara kedua-dua topik ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan kuantitatif dan data dikutip menggunakan soal selidik. Hasil analisis menunjukkan bahawa kedua-dua tahap amalan pelaksanaan pelan kontingensi (min=3.0938, s.p=0.92586) dan tahap keberkesanan pengurusan bencana sekolah (min=3.3926, s.p=0.73955) di daerah Song adalah pada tahap sederhana tinggi. Keputusan ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat antara kedua-dua pemboleh ubah di mana nilai r=0.878. Ini bermakna amalan pelaksanaan pelan kontingensi mempunyai hubungan yang kuat dengan keberkesanan pengurusan bencana sekolah di daerah Song. Kesimpulannya, adalah mustahil untuk mengurus bencana dengan berkesan tanpa pelan kontingensi yang baik. Oleh itu, sekolah perlu mempunyai pelan kontingensi yang baik untuk mengurus bencana demi mengurangkan impak negatif bencana terhadap organisasi, persekitaran dan warga sekolah.


Reference
  • No Data Recorded