Amalan Kepimpinan Instruksional Dan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
List of Authors
Aida Hanim A Hamid, Heidi Tan Wan Nee
Keyword
Kepimpinan Instruksional; PAK21; Kemahiran 4C; Pembangunan Profesional Guru; Sekolah Rendah
Abstract
Kepimpinan instruksional merupakan elemen utama dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, khususnya dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). PAK21 menekankan kemahiran komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis (4C) sebagai persediaan murid menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi masa kini. Namun begitu, kajian-kajian menunjukkan pelaksanaan PAK21 di sekolah masih kurang berkesan, antaranya disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dan kemahiran pemimpin sekolah mengenai konsep dan strategi PAK21 serta keterbatasan kemudahan dan infrastruktur digital. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kelemahan pelaksanaan PAK21 dan meneroka peranan kepimpinan instruksional guru besar dalam menangani isu tersebut. Selain itu, kertas konsep ini turut mencadangkan beberapa strategi termasuk peningkatan latihan profesional, pelaksanaan bimbingan berterusan, penggunaan teknologi secara sistematik dan pembentukan komuniti pembelajaran profesional (PLC) bagi meningkatkan penguasaan guru terhadap strategi PdP berpusatkan murid. Pelaksanaan strategi kepimpinan instruksional yang berkesan bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi guru, malah berupaya memperkukuh motivasi, penglibatan dan kemenjadian murid. Oleh itu, kepimpinan instruksional yang mantap merupakan faktor penentu kejayaan pelaksanaan PAK21, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan dan keberhasilan sekolah dalam melahirkan modal insan berkemahiran abad ke-21.