Peranan Hadis Dalam Peningkatan Ulangan Hafazan Al-Quran: Analisis Dari Perspektif Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Dalam Kalangan Pelajar
List of Authors
  • Abdul Rahim Ahmad, Ahmad Baha' Mokhtar, Aslam Farah Selamat, Hayati Hussin, Muhammad Hafiz Saleh, Nurul Asiah Faseha Muhamad, Rohana Zakaria

Keyword
  • Hadis; Ulangan Hafazan al-Quran; motivasi; intrinsik; ekstrinsik

Abstract
  • Menghafaz al-Quran adalah satu amalan mulia yang menjadi sebahagian daripada legasi Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. Hafazan yang berkesan memerlukan ulangan yang konsisten untuk memastikan ayat-ayat yang dihafaz terus kekal dalam ingatan. Dalam konteks ini, hadis memainkan peranan penting sebagai sumber motivasi intrinsik dan ekstrinsik untuk menggalakkan usaha menghafaz dan mengulang dalam kalangan penghafaz al-Quran. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan hadis dalam meningkatkan ulangan hafazan al-Quran dari perspektif motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat Universiti Sain Islam Malaysia (USIM). Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan sampel rawak berstrata dengan melibatkan 99 orang pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga tahun 4. Analisis statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS)version 21.0 digunakan untuk menjawab persoalan kajian iaitu menganalisis peranan hadis dalam peningkatan ulangan hafazan al-Quran dari perspektif motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan pelajar. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa tahap min peranan hadis dalam meningkatkan motivasi intrinsik pelajar berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.39. Analisis juga menunjukkan bahawa min peranan hadis dalam meningkatkan motivasi ekstrinsik pelajar berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.49. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa hadis bukan hanya sumber inspirasi rohani, tetapi juga alat motivasi yang praktikal. Penggunaan hadis dalam meningkatkan ulangan hafazan, dengan mengimbangkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik, mampu mencetuskan impak positif kepada pelajar, pendidik, dan masyarakat. Institusi pendidikan, ibu bapa, dan masyarakat digalakkan mengambil pendekatan ini untuk memastikan hafazan al-Quran bukan sahaja dikuasai tetapi juga dijaga dan diamalkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan.

Reference
  • No Data Recorded