Syiah Rafidhah dalam puisi-puisi Imam Al-Shafi’i R.H.M
List of Authors
  • Asyraf Hj Ab Rahman , Najihah Abd. Wahid

Keyword
  • Puisi Islam, Imam al-Shafi’i, syiah

Abstract
  • Diwan al-Shafi’i adalah himpunan antologi puisi Imam al-Shafi’i r.h.m yang sarat dengan pelbagai tema dan persoalan. Ia mengandungi lebih kurang 150 teks puisi ungkapan beliau dengan pelbagai isu dan pemikiran yang diketengahkan. Kertas kerja ini membincangkan beberapa teks puisi Imam al-Shafi’i r.h.m (150H-204H) yang menyentuh tentang Syiah Rafidhah dan keagungan terhadap Saidina Ali r.a. Teks-teks ini perlu diperbahaskan serta diperhalusi bagi mengetahui pendirian Imam al-Shafi’i r.h.m berkaitan isu Syiah. Pendirian beliau mungkin disalah tafsir lantaran ungkapan-ungkapan puisi yang diutarakan dilihat cenderung kepada aliran Syiah Rafidhah. Dengan menggunakan pendekatan analisis tekstual, kertas kerja ini cuba menganalisis ungkapan Imam al-Shafi’i dengan menghuraikan maksud di sebalik ungkapan beliau dalam beberapa teks puisi. Hasil kajian mendapati ungkapan-ungkapan puisi Imam al-Shafi’i r.h.m tidak mendukung fahaman Syiah Rafidhah walaupun terdapat ungkapan-ungkapan yang menjurus kepada fahaman tersebut. Bahkan, kecintaan beliau terhadap ahl Bayt termasuk Saidina Ali r.a adalah sejajar dengan kehendak al-Quran dan Hadis.

Reference
  • 1. Al-Ajami, Abu al-Yazid Abu Zayd al. (2008). al-Aqidah al-Islamiyyah Inda al-Fuqaha’ al-Arba’ah, Kaherah: Dar al-Salam.
    2. Al-Asfahani, Abu Nu’aym Ahmad bin Abd Allah. (1992). Hilyat al-Auliya’ wa Tabaqat al-Ashfiya’. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
    3. Al-Bayhaqi, Ahmad bin al-Husayn. (1970). Manaqib al-Shafi’i. Kaherah: Dar al-Turath.
    4. Al-Quran dan Terjemahnya, Lembaga Percetakan al-Quran Raja Fahd: Madinah.
    5. Al-Qurtubiy, Muhammad bin Ahmad al-Ansariy al-Qurtubiy. (t.th). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran: Dar al-Fikr.
    6. Al-Razi, Fakhruddin Muhammad ‘Abd al-RaÍman ibn Abi Hatim. (2003). Adab al-Shafi’i wa manaqibuh. Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
    7. Fairuz Abadi, Majd al-Din Muhammad bin Ya’kub. (1997). al-Qamus al-Muhith. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy.
    8. http://syiahnews.wordpress.com. Diakses pada 10 Julai 2013.
    9. http://www.baheth.info/all.jsp?term: Diakses pada 10 Julai 2013.
    10. http://www.darulkauthar.net: Diakses pada 16 Dis 2012.
    11. Ibn Manzur, Abu al-Fadhl Jamaluddin Muhammad bin Mukarram. (2003). Lisan al-Arab. Misr: Dar al-Sadir.
    12. Ibnu Umar. (1987). Hukum Ulamak-ulamak Islam Terhadap Syiah. Kuala Lumpur: Virtue Publication.
    13. Muhammad Abu Zahrah. (2010). Imam al-Shafi’i - Pengembaraan Intelektual (terj): Kuala Lumpur. Crescent News Sdn. Bhd.
    14. Mujahid Mustafa Bahjat. (2003). Diwan al-Shafici. Damsyiq: Dar al-Qalam.
    15. Mujahid Mustafa Bahjat. (1986). Al-Shafi’i wa al-Shi’r. Baghdad: Jamiat al-Mawṣil.
    16. Official shia website - www.shiavoice.com;www. shiaweb.org;www.shia-explained.com; www.youtube.com//watch: Diakses pada 10 Julai 2013.