Perlaksanaan dan cabaran penglibatan belia dalam parlimen belia malaysia
List of Authors
  • Mohd Uzaini Mohamad Sani , Suhana Saad

Keyword
  • Parlimen Belia Malaysia, pembuatan keputusan, penyertaan belia, kerajaan, demokrasi

Abstract
  • Belia merupakan populasi terbesar penduduk dunia masakini dan dijangkakan akan berlaku peningkatan sebanyak 1.3 bilion orang lagi menjelang tahun 2030. Oleh itu, belia harus mengetahui ruang di mana mereka boleh melaksanakan hak-hak sivik dan politik serta menyumbang kepada proses pembuatan keputusan yang memberi impak terhadap kehidupan mereka dan negara. Jadi sejauhmana Parlimen Belia Malaysia (PBM) menyediakan ruang untuk penyertaan belia dalam proses pembuatan keputusan ini? Kertas ini bertujuan meneliti perlaksanaan PBM, proses serta cabaran penglibatan belia dalam PBM. Data untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah bancian terhadap perwakilan PBM sidang 2015-2016 yang berjumlah 133 orang disokong juga dengan temubual terhadap perwakilan dan sekretariat PBM. Perlaksanaan PBM menyediakan platform terbaik dalam menyuarakan pandangan belia, namun demikian terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi iaitu kekurangan dana kewangan bagi pelaksanaan program atas kapasiti sebagai perwakilan, kekurangan perwakilan belia dalam institusi politik, kurangnya promosi dan hebahan, respon yang perlahan dan perspektif negatif golongan dewasa, fokus kepada jawatankuasa yang diwakili, masa/penjadualan dan kesediaan menggunakan pengaruh yang kuat. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan promosi PBM, penambahan perwakilan belia, minimakan kawalan terhadap usul dan komitmen pelaksanaan dan pemberian maklumbalas. Sungguhpun demikian, dapat dirumuskan penyediaan platform yang membenarkan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan memberi impak positif terhadap pembangunan kapasiti belia dan sumbangan kepada kerajaan

Reference
  • 1. Berisha, F., Shtraza, I. & Hazizaj, A. 2015. Youth Participation In Politics And Decision-Making In Albania 2011-2015. Albania: Tirana.
    2. Brummelaar, M.D.C, Knorth, E.J, Post, W.J. Harder, A.T & Kalverboer, M.E. 2016. Space between the borders?perceptions of professionals on the participation in decision-making of young people in coercive care. Qualitative Social Work 0 (00): 1-20.
    3. Bulling, D., Carson, L., Krai, M.D., Garcia, A. & Raisio, H. 2013. Deliberation models featuring youth participation. international Journal of Child, Youth and Family studies 3(1): 409- 432.
    4. Cohen, N.B, Manolson, S. & Shaw, K. 2014. Youth-led decision making in community development grants. Youth & Society 46(6): 819-834.
    5. Faulkner, M.K. 2009. Presentation and representation: youth participation in ongoing public decision-making project. CHILDHOOD 16(1): 89-104.
    6. Fauziah Ani, Asnarulkhadi Abu Samah, Ma'rof redzuan, Norbaya Ahmad. 2016.
    7. Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti: satu analisa dari teori kepada praktis. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 36-44.
    8. Khairunesa Isa & Mohamed Azrul Syam Mohamed Yusof. 2011. Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Gerakan Belia 4B di Komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Sains Sosial 2011 Pembangunan Ke Arah Masa Depan Yang Mapan Anjuran Universiti Malaysia Sarawak, 20-21 Julai.
    9. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 2015, Dasar Belia Malaysia.
    10. Lahai, C. 2008. Promoting youth participation in key decision making processes in Sierra Leone.
    11. Retrieved May 10, 2017, from http://epu.ac.at/fileadmin/downloads/research/rp_1108.pdf.
    12. Ricket, M. & Sheppard, M.A. 1988. Decision-making and young people. J.Dug Education 18(2): 109-114.
    13. Sekretariat Parlimen Belia Malaysia, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. 2015. Laporan Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia. Wilayah Persekutuan Putrajaya.
    14. Turmadzi Madun. 2016. PBM suara belia negara. KOSMO, 25 Mei: 19.
    15. UK Youth Parliament. 2016. About us. Retrieved May 10, 2017, from http://www.ukyouthparliament.org.uk/about-us/ukyp-work/.
    16. United Nation. 2003. Youth participation in decision making. World Youth Reports: Retrieved May 1, 2016, from http://www.un.org/esa/secdev/unyin/documents/ch10.pdf.
    17. United Nation. 2012. United Nations youth Participation. Retrived May 1, 2016 from http://www.un.org/esa/socdev/documents/youth/fact-sheets/youth participation.pdf.
    18. World Assembly of Youth. 2015. Youth participation in decision making. WAY Reports. Retrieved May 1, 2016 from HYPERLINK "http://www.un.org/esa/secdev/documents/youth/factsheets/youth-political-participation.pdf" http://www.un.org/esa/secdev/documents/youth/fact-sheets/youth-politicalparticipation.pdf .
    19. Youth Coalition of The Act. 2010. Policy platform: youth participation in decision making. Retrieved May 2, 2016 from http://youthcoalition.net/documents/policy/policyPlatform/PDFs/YouthParticipationDecisionMaking-policy-platform.pdf.}.
    20. Zeldin, S., McDaniel, A.K, Topitzes, D. & Calvert, M. 2000. Youth in Decision-Making: A study on the Impacts of youth on Adults and organization. Madison: University of WisconsinMadison.