Meneroka Pengetahuan Refleksi Penilaian Aktiviti Guru Pendidikan Khas di Daerah Bera
List of Authors
  • Khairunnisa Anuar, Mohd Syazwan Zainal

Keyword
  • Refleksi Penilaian, Aktiviti Guru, Pendidikan Khas

Abstract
  • Pendidikan khas memerlukan pendekatan pengajaran dan penilaian yang fleksibel serta berfokus kepada keperluan murid berkeperluan khas, khususnya murid berkefungsian rendah, dan dalam konteks ini penilaian refleksi kendiri guru memainkan peranan penting dalam menilai keberkesanan pengajaran serta menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berterusan. Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan semasa guru pendidikan khas berkaitan strategi penilaian yang digunakan dalam PdP dengan penekanan terhadap amalan penilaian refleksi kendiri. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan guru pendidikan khas sebagai responden kajian, dan data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti tiga tema utama, iaitu pemahaman terhadap konsep penilaian refleksi, sumber pembentukan pengetahuan reflektif dan kesedaran terhadap kepentingan refleksi dalam amalan PdP. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai tahap pengetahuan yang memadai terhadap penilaian refleksi serta menyedari peranannya dalam menilai keberkesanan PdP dan menambah baik strategi pengajaran. Walaupun kebanyakan guru tidak menerima latihan formal khusus berkaitan penilaian refleksi, pengetahuan reflektif mereka terbentuk melalui pengalaman mengajar, pembelajaran tidak formal serta interaksi profesional dengan rakan sejawat dan pihak pentadbiran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa amalan penilaian refleksi telah dilaksanakan dalam PdP guru pendidikan khas, namun masih memerlukan pengukuhan melalui latihan profesional yang lebih sistematik agar pelaksanaannya menjadi lebih berfokus dan berkesan dalam menyokong perkembangan murid berkeperluan khas secara menyeluruh.

Reference
  • No References Recorded