Cerita rakyat membentuk moral positif kanak-kanak melalui nilai murni
List of Authors
  • Mohd Firdaus Che Yaacob , Normaliza Abd Rahim

Keyword
  • Nilai murni, cerita rakyat, kanak-kanak, Teori Pengkaedahan Melayu

Abstract
  • Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni menerusi cerita rakyat terhadap pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Setiap nilai murni yang digarap oleh pengarang Othman Puteh & Aripin Said ini lahir daripada penelitian, pemerhatian, dan sensitiviti terhadap masyarakat persekitarannya. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji telah menggunakan Buku Koleksi Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia untuk dijadikan sebagai batasan kajian. Buku itu dipilih kerana cerita-cerita rakyat tersebut sarat dengan nilai-nilai murni untuk membentuk moral positif dalam diri kanak-kanak. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu telah digunakan untuk diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Justeru hasil daripada kajian ini, beberapa dapatan telah diperoleh. Kejayaan tersebut sudah cukup untuk membuktikan buku ini mempunyai peranan dan sumbangan yang besar kepada pembaca pada masa kini dan generasi bangsa yang akan datang khususnya golongan kanak-kanak di Malaysia.

Reference
  • 1. Abdul Aziz Ismail. (1995). Membina Minda dan Peribadi Muslim. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
    2. Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor.
    3. Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Arba'ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman. (2001). Sastera Melayu Suatu Pengantar Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.
    5. Halimah Badiozaman. (1992). Sastera Kanak-kanak: Pembentukan Pemikiran dan Pemupukan Nilai-nilai Murni. Dewan Sastera, 5.
    6. Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, Melaka pada 28-29 Jun.
    7. Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsipnya. Dibentangkan dalam Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Riviera Bay Resort, dari 28-29 Jun.
    8. Hashim Musa. (1998). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    9. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Longman.
    10. Mana Sikana. (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    11. Mohd. Taib Osman. (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Muhammad Al-Ghazali. (1994). Peribadi Muslim. Terj. Osman Hj Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
    13. Nik Azis Nik Pa. (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar dan Cerdas: Teori dan Praktik. Kajang: Institusi Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
    14. Othman Puteh & Aripin Said. (1995). Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
    15. Othman Puteh & Aripin Said. (2011). 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    16. Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
    17. Umar Junus. (1999). Teori dan Kreativiti: Problematik Pengembangan Teori Sendiri. Kolokium Membina Teori Sastera Sendiri, anjuran Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Hotel The Summit, Subang USJ 1 pada 6-8 Disember.
    18. Utley, L. F. (1965). Folk Literature: An Operational Definition. New Jersey: Prentice-Hall.
    19. Wan Aminurrashid. (2002). Etika Islam Panduan Sopan Santun. Bentong: PTS Publications & Distributor.