Wangsa Wan: Merungkai Genealogi Asal-Usul dan Keturunan
List of Authors
  • Shukri Janudin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Wan merupakan salah satu dari beberapa buah keturunan orang Melayu yang wujud di Malaysia dengan sejarah asal usul yang panjang bermula seawal tahun 100 masihi menerusi kewujudan beberapa buah kerajaan purba di kepulauan Melayu. Keturunan ini muncul hasil dari perkahwinan silang dalam kalangan bangsawan tempatan dan bangsawan asing. Kajian ini cuba menyelusuri beberapa aspek seperti faktor genealogi, etimologi, gelombang penghijrahan, morfologi, sosio-budaya dan perundangan yang menjadi sanad utama dalam pengkajian sesebuah keturunan. Hasil penelitian ini merumuskan terdapatnya perkaitan keturunan Wan yang berasal-usul dari runtuhan empayar-empayar Melayu purba seperti Funan dan Langkasuka-Patani telah berbaur dengan tamadun empayar Parsi, Arab, India dan China yang membentuk serta menyebarkan keturunan Wan di Nusantara.


Reference
  • No Data Recorded