Gejala transeksual: implikasi yang membimbangkan, bagaimana keprihatinan kita?
List of Authors
  • Marziana Abd. Malib , Mimi Sofiah Ahmad Mustafa

Keyword
  • Transeksual, peruntukan undang-undang, pelaksanaan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan membantu mencegah gejala atau masalah transeksual yang menular di dalam masyarakat Malaysia dewasa ini dari perspektif perundangan sedia ada. Melalui kajian dan penulisan mengenai gejala ini, penulis mendapati terdapat pelbagai punca atau faktor-faktor terjadinya gejala ini serta akibat-akibat negatif yang ditimbulkan bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga kepada masyarakat amnya. Ini bermaksud masyarakat umumnya menyedari kesan buruk daripada gejala ini namun jumlah bilangan mereka yang tergolong dalam kelas transeksual ini meningkat dari tahun ke tahun. Penulisan ini akan lebih menumpukan kepada peruntukan undang-undang sedia ada di Malaysia di dalam menangani gejala ini. Penulisan ini berbentuk kualitatif melalui analisis doktrinal dari sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian melalui temu bual pegawai dari beberapa Jabatan Agama Islam, menunjukkan tiada undang-undang spesifik yang menyeluruh untuk membendung secara efektif gejala transeksual di Malaysia kini, baik untuk yang beragama Islam ataupun yang bukan beragama Islam. Di antara penyebabnya ialah status agama seseorang transeksual itu menyebabkan undang-undang peribadinya yang dirujuk jika timbul masalah berkaitan dengannya. Peruntukan undang-undang sedia ada pula, samada sivil atau syariah, memerlukan banyak penambahbaikan untuk menangani masalah transeksual ini. Hasil kajian ini dapat memberi saranan untuk mengatasi gejala ini serta dapat membantu mengatasi masalah yang semakin serius ini bukan sahaja dengan mengambil kira kaedah penyelesaian penguatkuasaan undang-undang berbentuk deterren sahaja tetapi merujuk kepada pelbagai sudut (agama, psikologi dan lain-lain) dalam mencadangkan pindaan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Reference
  • 1. Al Qardawi Yusuf. (1997). The Lawful and the Curzon L.B 1979 Prohibited in Islam-al halal wal haram fil Islam. USA: American Trust Publication.
    2. Al Zuhaili, Wahbah. (1997). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VI. Terj. Dr Ahmad Shahbari Salamon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Akta Kesalahan Kecil 1955.
    4. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
    5. Andrew S. B. (1998). Same Sex Marriage and Discrimination. New Zealand Law Journal June, 229
    6. Andrew Calimach. (2000). World History of Male Love, “Homosexuals Traditions”, The Two Spirit Tradition.
    7. Berita Harian Keluaran 13hb. Mac, 2002.
    8. Curzon L. B. (1979). A Dictionary of Law. Mc Donald & Evans Ltd.
    9. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2002.
    10. Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992.
    11.Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
    12. Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Sembilan 1992.
    13. Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.
    14. H. Idris Ahmad S, H. (1995). Fiqh SYAFII Jilid II. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd.
    15. Kamus Dewan Edisi Kedua. (1998).
    16. Kamus Oxford Learner’s Fifth Edition. (1995).
    17. Liau Y-Sing. (2007). Malaysia’s Muslim Transexuals Battle Sex Change Woes, Reuters, 03/09/2007
    18. Majalah Wanita, Keluaran Disember 2003.
    19. Massa Edisi Ogos 2001.
    20. Max Planck Encyclopedia of Public International Law, http://international lawobserver.eu, diakses 27 Jan 2012.
    21. Metro Keluaran 20 Julai 2003.
    22. Michael O’Flaherty & John Fisher. (2008). Sexual Orientation, Gender Identity and International Human Rights Law: Contextualising the Yogyakarta Principles, Human Rights Law Review.
    23. Muhd. Taha Suhaimi. (1990). Hukum Perkahwinan dalam Islam. Singapura: Da’wah Percetakan Publishing.
    24. Noraini Abd Razak. (2011). Tuntutan Dunia Lelaki Jambu, Utusan Malaysia, 02/01/2011.
    25. Paizah Hj. Ismail. (1996). Undang-undang Jenayah Islam. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.
    26. Shamsudin Sohor. (1994). Panduan Ringkas Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    27. Tafsir Pimpinan Al Rahman kepada Pengertian AL QURAN.
    28. Tan C. H. (1991). Transsexuals and the Law of Marriage in Singapore. Singapore, Journals of Legal Studies.
    29. Transeksual Menurut Perspektif Undang-undang diakses dari, http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/19/transeksual-menurut-perspektif-perundangan-di-malaysia/, pada 27 Jan 2012.
    30. Utusan Malaysia Keluaran 15hb. Mei, 2001.