Memupuk Kesedaran Kelestarian Melalui Sukan Lestari: Satu Kajian Kualitatif dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
List of Authors
  • Muhammad Nukman ‘Aizat Saiful Faizal, Nur Shakila Mazalan

Keyword
  • Sukan Lestari, Kesedaran Kelestarian, Aktiviti Fizikal, Pelajar Universiti, Kesihatan Mental

Abstract
  • Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesan aktiviti mesra alam atau sukan lestari terhadap kesihatan dan kesejahteraan pelajar dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta implikasinya terhadap kesedaran kelestarian alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Grounded Theory melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Kajian ini melibatkan empat orang informan daripada Fakulti Pendidikan sebagai sampel kajian untuk mendapatkan maklumat. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis tematik dalam mengenal pasti tema utama berkenaan manfaat dan amalan sukan lestari dalam kalangan pelajar. Dari aspek kesedaran terhadap kelestarian, dapatan menunjukkan informan mempunyai tahap kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar yang dapat dilihat melalui tingkah laku mesra alam seperti menjaga persekitaran tempat bersukan. Kajian ini turut menekankan pihak berkepentingan seperti pihak universiti dalam menyediakan infrastruktur serta garis panduan yang sistematik dan berstruktur dalam menyokong platform sukan lestari sekaligus mengintegrasikan amalan kelestarian alam sekitar serta menggalakkan kehidupan yang sihat selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3).

Reference
  • No References Recorded