Proses asimilasi Nasal dalam hukum Tajwid dengan bahasa Melayu dan Inggeris
List of Authors
  • Nur Zahin Kasnin , Sharifah Raihan Syed Jaafar

Keyword
  • Asimilasi nasal, Hukum Tajwid, Nasal, Tanwin, Nun Sakinah

Abstract
  • Kitab suci al-Quran merupakan sebuah kitab yang memiliki kesempurnaan dari segala aspek sama ada dari segi maknanya mahupun hukum-hukum bacaannya. Sehingga kini al-Quran masih dipelihara dan dijadikan pedoman oleh seluruh umat islam di dunia. Selain memiliki bahasa yang tinggi, keindahan al-Quran juga dapat dilihat dari segi hukum bacaannya yang disebut sebagai hukum tajwid. Keindahan lantunan bacaan al-Qur’an ini dapat dilihat apabila wujudnya penyatuan bunyi-bunyi huruf al-Qur’an yang dialunkan mengikut hukum bacaannya yang betul. Namun, pembahagian dalam hukum-hukum tajwid yang perlu diterapkan dalam pembacaan al-Qur’an begitu meluas. Dalam pembelajaran ilmu tajwid, pengklasifikasian bagi setiap hukum terbahagi kepada beberapa bahagian kecil. Setiap hukum-hukum tersebut juga memperlihatkan proses dan cara bacaan yang berbeza-beza walaupun ia hadir dalam satu kelompok hukum yang sama. Maka makalah ini dilaksanakan bagi membincangan satu bahagian hukum sahaja yang melibatkan bunyi nasal (nun sakinah dan juga tanwin) yang hadir dalam kalimah al-Qur’an. Tujuan utama perbincangan makalah ini adalah untuk memperlihatkan perkaitan mengenai kewujudan proses asimilasi dalam hukum tajwid dengan bahasa-bahasa pertuturan lain yang ada di Malaysia seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Proses asimilasi ini merupakan suatu proses penggabungan sesuatu bunyi ke dalam sesuatu bunyi konsonan yang hadir selepasnya. Proses asimilasi nasal ini yang dilihat wujud dalam hukum tajwid turut mempengaruhi cara sebutan bagi beberapa hukum yang berkaitan. Misalnya bagi hukum Idgham Bila al-Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Ikhfa’ Hakiki, Izhar Halqi, dan Iqlab. Oleh yang demikian, makalah ini diharap dapat membantu pembaca mengenal pasti proses asimilasi yang wujud dalam ketiga-tiga bahagian ini.

Reference
  • 1. Al-Qur’an.
    2. Abeer Hadi Salih. 2012. Sound Assimilation in English and Arabic: a contrastive study.
    3. Ahmad Sayuti Anshari Nasution. 2014. Memanfaatkan Kajian Fonetik untuk Pengembangan Pembelajaran Ilmu Tajwid. Jakarta.
    4. Al-Jazari, Ibn al-Nasyr. 1986. fi Qira’at al-’Asyr. Jilid I. Beirut: Dar’ al Fikri, tt.
    5. Al-Musuri Manaf Mahdi. 2007. Ilm al-Aswat al-Lughah. Baghdad.
    6. Al- Tabarani, Abu al-Qasim Sulaiman ibn Ahmad al-Iman. 1995. Al Mu’jam al Kabir. Kaherah: al-Dar al-Haramain.
    7. Al-Juraisi, As-Sheikh Muhammad Makki Nasr. نهاية القول المفيد . 1996 . Maktabah At-Taufiqiyah, Kaherah, Mesir.
    8. Anis Ibrahim. 1975. Al-Aswat al-Lughah. Mesir.
    9. Bloomer, Aileen, Griffiths, Patric, Merrison, Andrew John. 2005. Introducing Language in Use: A course Book. New York: Roultedge Taylor &Francis Group.
    10. Crystal, D. 1991. A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers Ltd.
    11. Hani Abu Mathkour. 2006. Phonological assimilation in Arabic and English.
    12. Kamal Muhammad al-Mahdı. 1988. Tajwid al-Qur’an. Kairo: Dar al-Taufı̂q.
    13. Katamba, F. 1991. An Introduction to Phonology. London: Longman.
    14. Ladefoged, P. 2001. A Course in Phonetics. Orlando: Harcourt College Publisher.
    15. Maisarah Jusoh. 2010. Peningkatan Hasil Belajar Siswa Dengan Menggunakan Metode ActiveLearning Tipe Quiz Team Pada Mata Pelajaran Ketrampilan Dasar Komunikasi Di SMKN1.
    16. Mc Gregor, William. 2009. Linguistic An Introduction. New York: Continuum International Publishing Group.
    17. Mohd Firdaus bin Mat Nazi. 2010. Meningkatkan Kefahaman Hukum Tajwid Nun Mati Dan Tanwin Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit Menggunakan Pendekatan Jadual Hukum Lima. Kuala Terengganu.
    18. Mohamad Razif bin Mohamad Nawi, So`od bin Chik. 2013. Penggunaan Kaedah Mnemonik Dalam Meningkatkan Kemampuan Murid Mengingat Huruf-Huruf Bagi Hukum Lima Dalam Kalangan Murid Tahun 4. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
    19. Muhammad Abdel Aziz al-Hallawi. 1984. Kaifa Tujawwid al Qur’an wa Turattiluhu Tartila, Kairo: Maktabah al-Qur’an.
    20. Muhammad Ali al-Khuli, Muhammad ‘Ali Mu’jam. 1982. ‘Ilm al-Ashwat. Riyadh: Maktabah al-Farazdaq.
    21. Muhammad al-Shadeq Qamhawı al-Burhan. 1978. fi Tajwîd al Qur’an wa Fadhail al Qur’an.Kairo: Maktabah al Kulliyat al-Azhariyah.
    22. Nor Amalina binti Ahamad Azahari, Rahim bin Mohamed. 2013. Smart Book: Meningkatkan Penguasaan Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
    23. Nurul Husna binti Abdul Mutalib, Mohd Ja’afar bin Ab Latif. 2013. Meningkatkan KemahiranMengenalpasti Bacaan Dengung Dan Tidak Dengung Dalam Hukum Lima MenggunakanTeknik Pantun Dua Kerat. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
    24. Nur Hazirah binti Tahar, Salleh bin Jusoh @ Mamat. 2013. Penggunaan Kaedah I-Tajwidbagi Menentukan Cara Bacaan Hukum Tajwid Nun Mati Dan Tanwin. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
    25. Surur Shahbuddin bin Hassan, Muhammad Azhar bin Zailaini. 2015. Bentuk-bentuk Kesalahan Bacaan al-Qur’an pelajar di Sebuah IPTA.
    26. Rudiyanto. 2014. Aplikasi Pengenalan Ilmu Tajwid Berbasis Android. Jawa Tengah.
    27. Zainatunakmar Abdul Manap. 2012. Tahap Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran di Kalangan murid-murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1). Laporan Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajaran. Open University Malaysia: Kuala Lumpur.
    28. Zaynab A.Ali. 2012. A Phonological Study of English and Arabic Assimilation: A Contrastive Study.
    29. Zunnajah Kamaruddin. 2005. Identification of Tajwid Using Artificial Neural Networks. Universiti Teknologi MARA.