Pengetahuan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru novis bahasa Melayu di sekolah rendah pedalaman negeri Sarawak
List of Authors
  • Azlin Wetty Anak Kiding , Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • Pengetahuan, Pendekatan Pengajaran Terbeza, Guru novis Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Pedalaman

Abstract
  • Ciri kepelbagaian murid merupakan salah satu elemen yang perlu diambil kira oleh setiap guru dalam merancang aktiviti pembelajaran lebih-lebih lagi di kawasan sekolah pedalaman. Sehubungan itu, semua guru yang berkhidmat dalam dunia pendidikan tidak terkecuali digalakkan untuk menerapkan pendekatan pengajaran terbeza semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru novis Bahasa Melayu di sekolah rendah pedalaman tentang pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza. Dapatan kajian menyedarkan guru novis untuk mengambil inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan tentang pendekatan pengajaran terbeza dari semasa ke semasa. Seramai 107 orang guru novis di sekolah rendah pedalaman negeri Sarawak dijadikan sebagai responden kajian. Kajian ini terdiri daripada reka bentuk kuantitatif secara tinjauan. Soal selidik diedarkan ke sekolah rendah pedalaman seluruh negeri Sarawak menggunakan pautan “google form”. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 29.0 bagi memperoleh statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru novis Bahasa Melayu di sekolah rendah pedalaman terhadap pendekatan pengajaran terbeza adalah tinggi. Dapat dirumuskan, ramai guru novis telah mempunyai pendedahan dan pengetahuan tentang pendekatan pengajaran terbeza walaupun berada di sekolah pedalaman. Sehubungan itu, dapatan kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada pihak atasan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk merancang program atau kursus berkaitan supaya guru novis bukan hanya tahu tetapi dapat melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dengan berkesan.

Reference
  • 1. Ain Nur Atika Agus. 2021. Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1): 75-87.

    2. Danial Arif Abdul Muttalip. 2020. Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2): 29-42.

    3. Dixon, F. A., Yssel, N., McConnell, J.M. & Hardin T. (2014). Differentiated Instruction, Professional Development and Teacher Efficacy. Journal for the Education of the Gifted, 37(2).

    4. Geviana Gladysha George & Nurfaradilla Mohamad. (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 484-494.

    5. Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan Tentang Pengetahuan Dan Penerimaan Terhadap Pengajaran Berbeza Dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Peguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 283-294. Kuala Terengganu: Penerbitan Universiti Sultan Zainal Abdin.

    6. Merawi, T. M. (2018). Primary School Teachers’ Perceptions Of Differentiated Instruction (DI) In Awi Administrative Zone, Ethiopia. Bahir Dar j Educ., 18(2), 152–173.

    7. Mohd Izani Hashim & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2020). Faktor Ketidaksediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kelas Bercampur Aras Murid. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol 2 (2).

    8. Pramono. C. (2021). The Influence of Teachers’ Knowledge And Self-Efficacy On Elementary School Teachers’ Acceptability Of Differentiated Instruction In Indonesia. Master Dissertation, University of Twente, Enshede. Retreived 12 Januari 2021, from http://purl.utwente.nl/essays/85601.

    9. Rathaneswaary Derbala & Ruhizan M. Yasin. (2022). Tahap Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4): e001445.

    10. Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal, 4(3), 9-18.

    11. Shareefa, M., Moosa, V., Matzin, R., Abdulla, N. Z. M. & Jawawi, R. (2021). Facilitating Differentiated Instruction in A Multi-Grade Setting: The Case of A Small School. SN Social Sciences,1(127): https://doi.org/10.1007/s43545-021-00116-7.

    12. Siti Aishah Hassan. (2018). Kaedah Pengajaran Keterbezaan Dalam Pendidikan Pintar Dan Berbakat. E-Journal of Education, 7:12-21.

    13. Thian, K. N., Narahan Raduan & Zaimuariffudin Shukri Nordin. (2022). Amalan Pendekatan Pedagogi Terbeza Dengan Penguasaan Kemahiran Berbahasa Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Di Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2): 128-141.

    14. Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    15. Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman. 2021. Pedagogi Terbeza Untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9): 202-214.