Hubungan pengkomunikasian budaya organisasi dengan prestasi kerja kakitangan pelaksana sektor awam
List of Authors
  • Maizatul Haizan Mahbob , Nur Farhah Othman , Wan Idros Wan Sulaiman

Keyword
  • Budaya organisasi, prestasi kerja, nilai, falsafah organisasi dan perbezaan budaya

Abstract
  • Tuntutan era globalisasi serta perkembangan teknologi dan komunikasi yang semakin canggih pada hari ini ternyata telah mewujudkan perubahan yang membawa organisasi kepada satu peringkat cabaran dalam mengekal dan meningkatkan lagi prestasi organisasi. Pendekatan budaya organisasi yang menjurus kepada pengekalan dan peningkatan prestasi organisasi melalui nilai-nilai yang menjadi pegangan ahli-ahli organisasi perlu diamalkan bagi meningkatkan pembangunan organisasi. Budaya organisasi merupakan elemen yang penting bagi memastikan organisasi terus mencapai matlamat, objektif serta visi dan misinya terutamanya dalam sektor awam. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan kumpulan pelaksana sektor awam di Putrajaya. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dari aspek nilai, falsafah organisasi dan perbezaan budaya dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan pelaksana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 200 orang responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan pelaksana di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Teori yang telah digunapakai dalam kajian ini ialah Teori Budaya Organisasi oleh Pacanowsky dan Trujillo (1983). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek budaya organisasi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan prestasi kerja. Melalui analisis Regresi pula, hasil kajian membuktikan bahawa ketiga-tiga aspek budaya organisasi ini menyumbang sebanyak 67 peratus kepada prestasi kerja. Secara keseluruhannya, aspek perbezaan budaya merupakan penyumbang utama yang mempengaruhi prestasi kerja berbanding aspek nilai dan falsafah organisasi.

Reference
  • 1. Abd. Aziz Yusof. 2003. Gelagat organisasi: Teori, isu dan aplikasi. Petaling Jaya: Prentice-Hall.
    2. Abdullah Ismail. 2005. Hubungan tingkah laku asertif dengan konsep kendiri di kalangan pegawai-pegawai kanan Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia daerah Johor Bahru. Tesis Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
    3. Agwu, M. O. 2014. Impact of fair reward system on employees job performance in Nigerian agip oil company limited Port-Harcourt. British Journal of Education, Society & Behavioral Science 3(1): 47-64.
    4. Andrews, R., Boyne, G. A., Law, J., & Walker, R. M. 2009. Strategy formulation, strategy content, and performance. Journal of Public Management 11: 1-22.
    5. Babbie, E. 2004. The practice of social research. (9th ed.). Belmont: Wadsworth Publishing Company.
    6. Biro Pengaduan Awam Malaysia. 2016. Statistik Aduan Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Julai. http://www.pcb.gov.my/STATISTIK/2016/Laman%20Web%20Statistik%20Aduan%20Jul ai%202016%20BM.pdf (Diakses pada 12 September 2016).
    7. Dessler, G. 2008. Human resource management. (11th ed.). New Jersey: Pearson Education.
    8. Fazilah Mohd Hasun & Zafir Mohamed Makhbul. 2005. The issues of corporate culture in the organization management. Prosiding Seminar Kebangsaan Pembangunan Sumber Manusia 176-186.
    9. Goodall, A. H. 2008. Why have the leading journals in management and other social sciences failed to response to climate change? Journal Management Inquiry 17: 408-420.
    10. Head, B.W. 2010. How can the public sector resolves complex issues: Strategies for steering, administering and coping. Asia Pacific Journal of Business Administration. 2(1): 8-16.
    11. Khazani Ismail. 2006. Persepsi terhadap budaya kualiti dalam organisasi perkhidmatan awam. Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi: Universiti Teknologi Malaysia.
    12. Koopmans, L., Bernaards, C. M., Hildebrandt, B. H., Schaufeli, W. B., De Vet, H. C. W. & Van der Beek, A. J. 2011. Conceptual Frameworks of Individual Work Performance: A Systematic Review. Journal of Occupational and Environmental Medicine 53(8): 856-866.
    13. Larson, J., & Kleiner , B. H. 2007. How to read non verbal communication in organisations. Management Research News 17-22.
    14. Mohammad, A. A. & Mohammed, S. A. 2013. Impact of Organizational Culture on Employee Performance. International Review of Management and Business Research 2(1): 168-175.
    15. Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. (Edisi ke-6). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    16. Nurul Hudani Md. Nawi, Ma’rof Redzuan, Puteri Hayati Megat Ahmad & Noor Hisham Md Nawi. 2015. Pengujian model hubungan antara kecerdasan emosi, trait personaliti dan tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja. Akademika 85(2): 3-16.
    17. Nurzakira Afnee Zakaria, Wan Idros Wan Sulaiman & Maizatul Haizan Mahbob. 2015. Hubungan tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam sektor awam. Journal of Social Sciences and Humanities 10(1): 57-84.
    18. Ostroff, C., Kinicki, A. J., & Tamkins, M. M. 2003. Organizational culture and climate. Dalam Borman, W. C., Ilgen, D. R. & Klimoski, R. J. Handbook of psychology: Industrial and Organizational Psychology 12: 565-593. New Jersey: John Wiley & Sons.
    19. Pacanowsky, M. & O'Donnell-Trujillo, N. 1983. Organizational communication as cultural performance. Communication Monographs 50: 127-147.
    20. Pederson, D. & Hartley, J. 2008. The changing context of public leadership and management implications for roles and dynamics. International Journal of Public Sector Management 21: 327-339.
    21. Ritchie, M. 2000. Organizational culture: An examination of its effect on the initialization process and member performance. Southern Business Review 25: 1-13.
    22. Robbins, S. P. 2003. Organisational behaviour (10th ed.). San Diego: Prentice Hall.
    23. Rozihan Abdul Aziz. 2002. Budaya organisasi dan inovasi: Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan. Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.
    24. Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy. 2008. Budaya kerja cemerlang menurut perspektif islam: amalan perkhidmatan awam malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 19: 187-207.
    25. Syed Arabi Idid. 2002. Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    26. Van der Post, W. Z., De Coning, T. J. & Smith, E. M. 1997. An instrument to measure organizational culture. South African Journal of Business Managemet 28(4): 147-200.
    27. Vanhet, K. R. 2005. Company law and workers’ interests’ transfer: European Review of Labour and Research 11 (2): 179-188.
    28. West, R. & Turner, L. H. 2010. Introducing communication theory. (4th ed.). Boston: Mc Graw Hill.