Tahap pengetahuan dan kaedah rawatan bagi penyakit tidak berjangkit di Kampung Orang Asli Chuweh 2, Lembah Belum, Perak
List of Authors
  • Vivien W.C. Yew , Wan Muhammad Haziq Sidqie W. Husin

Keyword
  • Orang Asli, penyakit tidak berjangkit, stigma, tradisional perubatan, pantang larang

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan tentang penyakit tidak berjangkit, cara rawatan dan stigma perubatan moden, budaya pemakanan serta pantang larang wanita selepas bersalin dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Chuweh 2, Lembah Belum. Hampir semua Orang Asli dewasa dalam kampung tersebut telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temubual mendalam sambil melakukan aktiviti menganyam di mana aktiviti ini merupakan aktiviti senggang mereka di waktu lapang di kampung itu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahun penduduk di kampung ini tentang penyakit tidak berjangkit adalah memuaskan. Mereka tidak menolak langsung kaedah rawatan moden dari pihak hospital walaupun masih mengamalakan cara perubatan tradisional. Selain itu, mereke bebas daripada penyakit tidak berjangkit disebabkan pemakanan mereka yang tidak tinggi kolestrol dan gula. Namun begitu, nutrisi makanan yang diambil oleh masyarakat di sini perlu diberi perhatian disebabkan bayi-bayi mereka lahir tidak cukup bulan seperti lahir pada usia kandungan 5 bulan atau 8 bulan dan ada yang terlebih bulan iaitu 10 bulan dan 12 bulan.

Reference