Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (BMBI) di ruang siber: Suatu analisis sosiologi tehadap pembangunan pangkalan data BMBI
List of Authors
  • Ahmad Rizal Mohd Yusof , Mohd Firdaus Hamdan , Mohd Syariefudin Abdullah , Shamsul Amri Baharuddin

Keyword
  • Pangkalan Data BMBI, sosiologi, nilai domain, fokus tumpuan, digital

Abstract
  • Usaha untuk membina dan memperkembangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sentiasa dilakukan oleh pelbagai institusi akademik dan bukan akademik bertujuan untuk mengukuhkan lagi korpus ilmu dalam Bahasa Melayu. Pelbagai inisiatif dilakukan disamping pihak yang terlibat turut memainkan peranan utama dalam memacu usaha murni ini. Salah satu daripada langkah strategik yang dapat memenuhi hasrat ini adalah dengan membangunkan sebuah pangkalan data yang dikenali sebagai Pangkalan Data BMBI. Pangkalan data BMBI dibangunkan di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pangkalan data ini menyimpan sejumlah besar tesis yang ditulis dalam Bahasa Melayu untuk semua displin ilmu di UKM dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencapai dan mengakses tesis-tesis yang telah didigitasi. Bagi menyiasat dengan terperinci pembangunan pangkalan data ini, suatu analisis secara sosiologi dilakukan bertujuan untuk memastikan pembangunan pangkalan data ini dapat memenuhi matlamat yang diidamkan. Dengan menggunakan struktur, proses dan output, kajian ini dapat mengenalpasti isu-isu yang berkait dengan aspek sosiologi melalui analisis yang dilakukan dengan menggunakan lima domain dan fokus tumpuan. Analisis yang dilakukan ini bukan sahaja dapat menghurai aspek-aspek sosiologi yang terlibat malah ia mampu merungkai segala hal yang berkait dengan kajian yang dijalankan. Dalam suatu konteks yang lebih luas, penggunaan tiga faktor dalam sosiologi ini telah memberikan suatu sumbangan yang besar terutamanya dalam usaha membina kefahaman terhadap bidang sosiologi dan teknologi maklumat.

Reference
  • 1. Giddens, A. 2009. Sociology. Cambridge: Polity Press.
    2. Hernes, G. 1976. Structural change in social processes. American Journal of Sociology Vol. 82, No. 3 pp. 513-547.
    3. Linkins, K.W., McIntosh, S., Bell, J. & Chong, U. 2002. Indicators of Cultural Competence in Health Care Delivery Organizations: An Organizational Cultural Competence Assessment Profile.
    4. Loyal, S. 2003. The Sociology of Anthony Giddens. London: Pluto Press.
    5. Perlembagaan Persekutuan Malaysia 2009.
    6. Stimson, R., Stough, R. & Salazar, M. 2005. Leadership and institutional factors in endogenous regional economic development. Invest Reg, Volume 7, hlm. 23-52.
    7. Wirutomo, P. 2011. Social development policies on informal sector in Solo. International Journal of Administrative Science & Organization, Volume 18, Number 2, hlm. 94-107.
    8. Wirutomo, P. 2014. Sociological reconceptualization of social development: with empirical evidence from Surakarta City, Indonesia. Asian Social Science; Vol. 10, No. 11, hlm. 283-293.
    9. Wirutomo, P. 2016. Dealing with brawls in Jakarta’s slum area: Pursuing social development through social engagement. The Senshu Social Well-being Review No.3, hlm. 93-109.