Kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan ujian akhir sesi akademik (UASA)
List of Authors
Mohd Siddiq Abdul Aziz , Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Keyword
UASA, PBD, Kesediaan Guru
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru Bahasa Melayu (BM) yang mengajar di SJKC daerah Raub, Pahang mengenai tahap kemahiran guru BM SJKC dalam melaksanakan UASA. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk pengumpulan data. Data yang dikumpul daripada 81 orang responden dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk mencari frekuensi, nilai min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru BM SJKC untuk melaksanakan UASA dari aspek kemahiran berada di tahap yang tinggi (nilai min: 3.01). Kajian ini penting kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan UASA dapat dijalankan dengan berkesan serta memberi impak positif kepada guru dan murid.
Reference
1. Airen Surayya, Tan Bee Piang, Noor Banu Mahadir. (2021). Sentiviti Moral Melalui Interaksi Pelajar Pelbagai Budaya. MJSSH Online: 5(2): 41-56. Diakses di https://www.researchgate.net/publication/350589980_SENSITIVITI_MORAL_MELALUI_INTERAKSI_PELAJAR_PELBAGAI_BUDAYA_MORAL_SENSITIVITY_THROUGH_THE_INTERACTION_OF_STUDENTS_FROM_DIFFERENT_CULTURES_IN_SCHOOL (12 September 2023)
2. Baharom, H.N. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman & Muhammad Azhar Zailaini (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan Keperluan Pembelajaran Murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 8(2): 41–57.
4. Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ). 3(1): 152–161. Diakses di https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175 (10 Oktober 2023)
5. Nurul Huda Mohd Faudzi dan Anuar Ahmadl. (2022). Kesediaan guru sejarah melaksanakan pentaksiran bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran. International Conference on Business Studies and Education.: 3-14. Diakses di https://www.icbe.my/wp-content/uploads/2022/04/Manuscript-ICBE-Nurul-Huda-1-2.pdf (10 September 2023)
6. Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria dan Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran. Management Research Journal. 8(1): 86-99. Diakses di https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/download/1487/1071 (10 November 2023)
7. Muhammad Airil Mohamad Arifin dan Azhar Mohd Ali. (2020). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu tahap 1 melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) dan keberkesanan pelaksanaannya. Prosiding Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan PISMP Semester Lapar 2020. 100-106. Bukit Mertajam.
8. Noriati Abdul Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abdul Majid. (2017). Budaya dan pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
9. Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud, Mohd Mahzan Awang, Mohd Izham, Ruhizan Mohd Yasin dan Ramlee Mustapha. (2017). Pedagogi Responsif Budaya Dalam Pengajaran Sejarah Untuk Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah Pelbagai Budaya. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid ke-18, 2017. https://www.researchgate.net/publication/339842393_Nurhijrah_et_al2017_-_Pedagogi_Responsif_Budaya (13 September 2023)
10. Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 9(1): 56-67.
11. Zamri Arifin, Zulazhan Ab. Halim, Nurul Masyitah Mohd Sham & Azimah Shurfa Mohammed Shukry. (2013). The Readability of the Arabic Prose Text. Middle-East Journal of Scientific Research, 17(3): 338-343. Diakses dari https://www.idosi.org/mejsr/mejsr17(3)13/12.pdf (14 Oktober 2023)