Pengaruh Motivasi Terhadap Pencapaian Matematik: Kajian Literatur Bersistematik
List of Authors
  • Noor Fazliena Jawawi, Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Matematik adalah bidang ilmu yang luas dan sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pencapaian Matematik yang kurang cemerlang menjadi isu yang sentiasa dibahaskan. Salah satu faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah kurangnya motivasi dalam diri kerana persepsi terhadap Matematik kurang baik. Pelajar akan berusaha dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara apabila mempunyai motivasi dalam diri. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh motivasi terhadap pencapaian Matematik. Model PRISMA digunakan dalam kajian ini dalam pencarian artikel daripada pangkalan data Scopus dan WOS dari tahun 2018 hingga 2022. 21 artikel digunakan dalam kajian ini selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan motivasi mempengaruhi pencapaian Matematik secara keseluruhannya. Motivasi juga menjadi pengantara kepada pemboleh ubah lain yang mempengaruhi pencapaian Matematik. Kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik dan pihak sekolah serta organisasi pendidikan dalam merencana intervensi yang dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian Matematik pelajar.


Reference
  • No Data Recorded